Penerbit permainan video popular dunia, Eletronic Arts Sports (EA Sports) dikatakan bakal membawa masuk Liga Super India (ISL) dalam FIFA 2020 menurut laporan daripada portal bola sepak negara tersebut, Khel Now. 

Perkembangan itu merupakan satu berita baik untuk para peminat bola sepak India kerana mereka berpeluang memainkan pasukan kegemaran dalam video permainan tersebut. Bagaimanapun, ianya hanya terdapat dalam versi ‘aplikasi telefon’ (mobile version) bukannya dalam platform komputer atau playstation 4.

Laporan daripada Khel Now turut menyebut EA Sports dan ISL kini dalam peringkat akhir untuk mencapai persetujuan dan mengesahkan ISL akan menjadi sebahagian daripada permainan video tersebut mulai musim depan.

“Ini merupakaan saat yang membanggakan bagi bola sepak India apabila liga kita mendapat pengiktirafan daripada syarikat permainan video terkemuka dunia dan ianya akan membantu ISL menambahkan pengikut dengan jumlah yang ramai,” kata sumber daripada Khel Now. 

5716034829_6129754803

EA Sports cukup terkenal dengan pemegangan lesen-lesen eksklusif untuk kelab-kelab dan liga popular dunia seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), secara eksklusif sejak tahun 2003 yang menyaksikan pesaing mereka, Konami hanya mampu memegang hak perlesenan bagi beberapa kelab eropah setiap musim.

Pada tahun 2012, pasukan kebangsaan India pernah dimasukkan dalam FIFA edisi 2013 yang menyaksikan populariti sukan bola sepak di negara tersebut semakin meningkat setanding dengan sukan kriket dan hoki yang merupakan sukan ‘nombor satu’ di India.

Indian Super League (ISL) dibentuk pada tahun 2014 dan menggunakan format yang sama seperti Major League Soccer (MLS). Setelah mendapat pengiktirafan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), liga tersebut kini bertambah kepada 10 pasukan serta juara ISL mendapat slot beraksi dalam kejohanan AFC.

Sejak dari awal penubuhannya, beberapa pemain terkemuka dunia seperti Dimitra Berbatov, Nicolas Anelka, Marco Materrazi, John Arne Riise turut beraksi bersama beberapa pasukan dalam liga ISL sebagai pemain import. Liga tersebut juga telah berjaya menarik purata kehadiran 23 ribu penyokong dalam satu perlawanan.

Sumber