Pemilik Manchester City, City Football Group (CFG) kini menjadi pemilik majoriti saham dalam kelab Liga Super India, Mumbai City FC dimana mereka bersetuju untuk membeli sebanyak 65% saham dalam kelab tersebut.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CFG, Ferran Soriano serta Pengerusi Yayasan Bola Sepak Dan Perkembangan Sukan Reliance, Nita Ambani.
Dengan pembelian majoriti saham oleh CFG, Mumbai City menjadi kelab ke-8 yang dimiliki oleh syarikat yang ditubuhkan oleh Sheikh Mansour Bin Zayed Al Nahyan itu.
We welcome City Football Group to #ApunKaCity! 🔵
Read more: https://t.co/XyP4YpCNnF#HeroISL #MCFC #ApunKaTeam
— Mumbai City FC (@MumbaiCityFC) November 28, 2019
Mumbai City menjadikan Mumbai Football Arena yang terletak dalam pusat sukan Andheri sebagai home mereka dimana stadium tersebut mempunyai kapasiti sebanyak 8,000 tempat duduk.
Dalam saingan Liga Super India musim ini, Mumbai berada di tangga ke-7 setelah mengharungi 5 perlawanan dan mencatat 1 kemenangan, 2 keputusan seri serta 2 kekalahan.
Selain memiliki Mumbai City FC, CFG turut menjadi pemilik kepada kelab seperti Manchester City FC (England), New York City FC (AS), Melbourne City FC (Australia), Yokohama F. Marinos (Jepun), Club Atletico Torque (Uruguay), Girona FC (Sepanyol) dan Sichuan Jiuniu FC (China).
Baca artikel lain mengenai City Football Group yang telah kami sediakan di sini: