Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) melancarkan satu projek dimana mereka akan menghantar pemain muda yang berpotensi untuk menjalani latihan bersama kelab Bundesliga sebagai langkah awal dalam misi mereka untuk layak ke temasya Piala Dunia 2030.

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial Twitter dimana badan bola sepak itu menjalin kerjasama dengan syarikat media iaitu Next Media Company dan langkah ini disambut baik oleh peminat Golden Star Warriors.

Setiap tahun, VFF akan melakukan saringan dan mereka akan memilih pemain muda terbaik dan mempunyai potensi untuk menjalani latihan dengan beberapa kelab yang beraksi dalam saingan Bundesliga 1 dan 2 seperti Bayern Munich, Borussia Dortmund, Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin dan banyak lagi.

Pemain yang menampilkan prestasi cemerlang ketika sesi latihan bersama kelab terbabit akan terus tinggal di Jerman dimana mereka akan beraksi bersama pasukan belia sekaligus menimba ilmu dan pengalaman yang diperlukan.

Sebelum ini, Vietnam mempunyai pemain yang beraksi di Eropah iaitu Doan Van Hau yang beraksi bersama kelab Eredivisie Belanda, Heerenveen selama semusim. Van Hau menyertai Heerenveen dari Hanoi FC selama satu musim namun beliau tidak melanjutkan tempoh pinjaman kerana kedua-dua kelab gagal mencapai kata sepakat.

VFF
Penampilan pertama Van Hau ketika menentang Roda JC.

Vietnam ketika ini dianggap sebagai pasukan terbaik di Asia khususnya selepas diurus oleh ketua jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-seo Pada 2018, Vietnam memenangi Piala AFF Suzuki disusuli dengan penampilan di peringkat suku akhir temasya Piala Asia 2019.

Pasukan di ranking ke-98 dunia itu kemudiannya muncul naib juara dalam kumpulan G saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sekaligus menjadi satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang beraksi di kelayakan pusingan ketiga.

Di pusingan ketiga, Vietnam diundi dalam kumpulan B dan ketika ini mereka menduduki tangga tercorot selepas tewas dalam empat perlawanan yang dihadapi setakat ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia dan Eropah di sini:

Brad Maloney Akui Aksi Menentang Laos Satu Perlawanan Sukar

Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia Lepasi Cabaran Laos

Analisis Taktikal: Gegenpressing & Persediaan Klopp Berdepan Sistem ‘Man Marking’ Ole