Ketua jurulatih skuad B-22 tahun negara, Brad Maloney mengakui aksi bertemu Laos 🇱🇦 pada perlawanan pembukaan saingan kelayakan AFC B-23 Tahun kumpulan J adalah satu perlawanan yang sukar.
Pasukan negara bernasib baik kerana berjaya mencatat kemenangan tipis dengan keputusan 1-0 namun Brad menegaskan Laos memberikan aksi yang kompetitif kepada anak buahnya.
Kata-kata coach @Bradleymaloney selepas kemenangan skuad #HarimauMalaya B-23 di perlawanan berdepan #LAO B-23 🇱🇦 tadi.
Kena cepat-cepat biasakan diri dengan padang menjelang aksi seterusnya 🆚 tuan rumah, #MNG 🇲🇳 B-23 nanti. #AFCU23 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/J5NtunTmgW
— Team Malaysia (@TeamMsia) October 25, 2021
“Seperti yang dijangkakan, ia satu perlawanan yang mencabar bagi kami. Satu perlawanan yang amat kompetitif daripada Laos. Mereka satu pasukan yang baik.
“Tidak banyak peluang yang kami ada dan kami bernasib baik kerana menjaringkan satu gol. Pasa separuh masa kedua, kami ada membuat beberapa pertukaran dan sumbangan mereka kepada pasukan amat baik,” kata Brad Maloney.
Jurulatih itu juga tidak dinafikan permukaan padang turut menjadi sebab mengapa anak-nak buahnya menghadapi satu aksi yang cukup mencabar di Ulaanbaatar semalam.
“Tentang padang pula, ia agar sukar untuk pemain dan saya jangkakan baki perlawanan nanti turut menjadi aksi yang mencabar bagi pemain,” tambahnya.
Beraksi di atas padang sintetik serta corak permainan bertahan dan agresif yang ditampilkan barisan pemain Laos nyata memberikan kesukaran buat anak buah Brad Maloney untuk memberikan ancaman berbahaya ke kubu lawan.
Kemasukan Quentin Cheng di separuh masa kedua nyata membuahkan hasil selepas tonggak Penang itu pantas membalas kepercayaan Maloney dengan melakukan hantaran lintang cantik yang disudahkan dengan baik oleh Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar membolehkan skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-68.
Kemenangan itu juga menyaksikan skuad negara kini berada di tangga teratas kumpulan J selepas satu lagi perlawanan melibatkan Mongolia dan Thailand yang berlangsung lebih awal berakhir dengan terikat 1-1.
Malaysia akan berhadapan dengan Mongolia pada perlawanan kedua, Khamis ini yang mana perlawanan dijadualkan berlangsung jam 11.00 pagi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:
FAM Tegaskan Tiada Campur Tangan Dalam Pemilihan Pemain Naturalisasi