Kelab Bola Sepak Penang (Penang FC) semalam telah mengumumkan semua tiket perlawanan Liga Super menentang Sabah yang dijadualkan berlangsung pada hari ahad ini sudah habis dijual.
Sebanyak 2000 tiket dijual secara ‘online’ dan ia telah pun habis dalam tempoh 7 jam. Prestasi hebat skuad kendalian Tomas Trucha yang mencatat 3 kemenangan berturut-turut antara faktor utama yang membangkitkan keterujaan penyokong setia untuk hadir ke stadium.
“Pihak Penang FC amat menghargai sokongan yang diberikan oleh penyokong pasukan Penang FC yang sentiasa berada dibelakang kelab ketika ini,” kata kenyataan rasmi kelab.
Bagaimanapun, setiap penyokong yang hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Antara SOP yang wajib dipatuhi adalah pemakaian pelitup muka serta membawa kad pengenalan diri bagi tujuan imbasan tiket sebelum masuk ke stadium, Setiap individu layak membeli maksimum dua tiket dan ia tidak boleh dipindah milik.
Selepas tujuh perlawanan, Penang FC kini berada di tangga ketiga Liga Super dengan 14 mata dan mereka berpeluang memintas Kedah di kedudukan kedua jika berjaya menewaskan Sabah di Stadium Bandaraya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
3 Bulan Tidak Dibayar Gaji, Pemain Sabah Boikot Sesi Latihan
UiTM FC Rehatkan Frank Bernhardt Menjelang Aksi Menentang Melaka United
Khalid Ali: Selangor Patutnya Hampir Dengan JDT, Bukan Tangga Ketujuh