Kurang 2 minggu menjelang perlawanan pertama pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 diantara Indonesia bertemu Malaysia, hanya 15,000 keping tiket baru terjual.

Menurut laporan dari CNN Indonesia, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah menyediakan sekitar 70,000 keping tiket untuk perlawanan tersebut di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada 5 September 2019 nanti, namun sambutan dari penyokong agak hambar.

c6b47c1c-6b74-44d8-bd9b-504f42598f7f_169
FOTO/Akbar Nugroho Gumay

Berdasarkan pemerhatian, jualan tiket bagi perlawanan itu dikategorikan sebagai tidak laku kerana ramai dari penyokong Indonesia yang dikatakan tidak berpuas hati dengan harga tiket yang melambung tinggi berbanding perlawanan antarabangsa sebelumnya.

88 peratus kapaisiti Stadium Utama Gelora Bung Karno adalah terdiri dari tiket dalam kategori 1 hingga kategori 3. Harga bagi setiap kategori ini adalah sekitar 125,000 Rupiah (RM36.80), 175,000 Rupiah (RM51.60), dan 350,000 Rupiah (RM103.20). Manakala bagi kelas VIP pula, tiket berharga 750,000 Rupiah dan 1 juta Rupiah.

https://www.instagram.com/p/B1lR_RWJmvi/?utm_source=ig_web_copy_link

Harga tiket tersebut dianggap mahal oleh sejumlah pencinta bola sepak Indonesia yang sudah mula melakukan protes secara atas talian serta membandingkan harga tiket bertemu Malaysia sebelum ini yang lebih murah.

Perkara ini juga telah menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan Republik Indonesia – Imam Nahrawi untuk memohon pihak PSSI membuat penjelasan lanjut sambil mecadangkan harga tiket yang lebih mesra rakyat.

“Terlalu mahal sekali, khuatir tidak akan banyak penyokong yang akan hadir atau dukung timnas untuk mendapat mata penuh di GBK nanti. Untuk tanggungan cukai, insurans, dan sebagainya, kenapa seolah-olah harus dibebankan kepada penyokong ya?”, ujar seorang pemerhati bola sepak Supriyono Prima.

https://www.instagram.com/p/B1OyLoQAYgA/?utm_source=ig_web_copy_link

Berdasarkan rajah zon kategori tiket di Stadium Utama Gelora Bung Karno, tempat bagi penyokong pasukan pelawat adalah dalam kategori 1 bersebelahan dengan zon VIP West menghala ke selatan stadium.

Sehingga kini pihak PSSI dilaporkan akan menyediakan 3,000 tiket bagi pasukan pelawat (Malaysia) untuk perlawanan pada 5 September itu nanti.

Kehadiran Pemain Naturalisasi Indonesia Tidak Membimbangkan Tan Cheng Hoe

Greg Nwokolo Yakin Indonesia Tewaskan Harimau Malaya Di Gelora Bung Karno

Sumber