Beberapa cicipan di laman sosial Twitter milik warga Indonesia mencuri perhatian apabila dengan jujur mengakui bahawa penyokong-penyokong mereka berada dalam keadaan ‘darurat’ untuk menghormati lawan terutamanya Malaysia.

Salah seorang dari mereka menjelaskan bahawa beliau banyak mengikuti skuad kebangsaan Indonesia apabila beraksi ditempat lawan dan tiada dalam ingatannya lagu Indonesia Raya menjadi bahan ejekan di venue perlawanan.

Seorang lagi lelaki membalas dengan menyatakan bahawa Tribun Selatan Stadium Utama Gelora Bung Karno mengejek lagu Negaraku sejak mula lagi walaupun telah diingatkan supaya tidak berbuat demikian.

Beliau turut membayangkan jika tiada sebarang peringatan dibuat, mungkin mereka akan berterusan melakukan perkara itu sepanjang lagu Negaraku berkumandang.

Fanatik itu boleh, goblok itu jangan.

Beberapa lagi balasan cicipan diperhatikan sehingga ada yang mengaitkan perangai seperti ini berkadar terus dengan keadaan sosio-ekonomi mereka sendiri.

Sejak dari awal lagi mereka menantikan penyokong Malaysia untuk melakukan perkara ini dan kemuncaknya adalah pada minit ke 72 sehingga perlawanan terpaksa diberhentikan seketika.

Akibat dari insiden itu, pengadil memberikan 8 minit masa tambahan dan pada minit ke 97, Malaysia menjaringkan gol kemenangan yang merentap terus jiwa mereka secara total.

EDtsMc6UUAA-cPb

Tiada kekecewaan yang lebih pedih apabila tindakan penyokong sendiri menyumbang kepada kekalahan pasukan yang menjadi dukungan.

Salam 3-2 dari Malaysia!

Dua Penyokong Malaysia Cedera Setelah Diserang Penyokong Indonesia

Balingan Batu Hujani Ketibaan Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno

Insiden Balingan Objek Kearah Penyokong Malaysia Sehingga Perlawanan Dihentikan