Ketibaan penyokong Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno disambut dengan hujan batu dari penyokong Indonesia seperti beberapa maklumat yang kami terima dari mereka yang berada disana.

Saksikan detik-detik penyokong-penyokong Malaysia ketika berjalan masuk ke dalam stadium dan dibaling batu dari atas.

https://twitter.com/abdulhakeemxx/status/1169528967184842752?s=20

Dan video ini pula ketika berada dipintu masuk stadium. Turut kedengaran bunyi seperti objek jatuh ke lantai ditujukan kepada penyokong Malaysia.

Ini pula adalah mesej yang disampaikan oleh mereka yang sudah masuk ke dalam stadium yang ‘menasihatkan’ kepada sesiapa yang akan ‘gerak’ bersendirian ke stadium agar melupakan niat itu atas faktor keselamatan.

https://twitter.com/HermyRahim/status/1169528620101951490?s=20

Salah seorang dari penyokong Malaysia yang berada disana menyatakan situasi sebenar mereka ketika bergerak masuk ke stadium dimana hujan batu menyambut mereka.

Ada juga anda yang memaklumkan kepada kami penyokong-penyokong Indonesia seolah-olah menanti ketibaan mereka disertakan dengan provokasi-provokasi keras yang bakal mengundang kecelakaan.

Kemaskini: Video-video yang dikongsikan kepada kami semasa masuk ke Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Baca artikel lain menjelang pertemuan antara Malaysia dan Indonesia malam ini.

Andik Vermansah Mahu Balas Dendam Kekalahan Skuad U18 Indonesia

Ramalan Susunan Kesebelasan Utama Skuad Indonesia Dan Malaysia

5 Pemain Indonesia Yang Perlu Diwaspadai Oleh Pemain Malaysia