Berbaki sehari sahaja lagi untuk pertembungan terbesar antara dua pasukan ternama di rantau Asia Tenggara iaitu Malaysia menentang Indonesia dalam saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno ini dianggap penting kerana segala keputusna yang diraih akan menentukan hala tuju kedua-dua pasukan dalam kempen kelayakan kali ini. Oleh itu, Harimau Malaya dan Garuda bakal menurunkan pemain terbaik dalam kesebelasan utama masing-masing.

Di sini, kami senaraikan 5 pemain Indonesia yang perlu diwaspadai oleh anak-anak buah Tan Cheng Hoe pada perlawanan esok.

1. Stefano Lilipaly

Stefano Lilipaly Indonesia
Stefano Lilipaly. Sumber Gambar: Kompas Bola

Stefano bakal menjadi ‘enjin’ yang menggerakkan segala gerakan serangan yang bakal dilancarkan oleh Indonesia. Mampu untuk beraksi di mana-mana posisi di bahagian serangan, pemain Bali United ini dilihat menjadi pemain yang paling berbahaya untuk skuad bimbingan Simon McMenemy ini.

2. Saddil Ramdani

Saddil Ramdani
Saddil Ramdani. Sumber Gambar: Akurat.co

Saddil dipanggil bagi menggantikan Greg Nwokolo yang mengalami kecederaan. Beraksi bersama Pahang musim ini, pemain sayap ini tahu serba sedikit mengenai kekuatan serta kelemahan pemain Malaysia.

3. Evan Dimas

Evan Dimas
Evan Dimas. Sumber Gambar: Antaranews

Evan Dimas beraksi bersama Selangor musim lalu. Sama seperti Saddil, Evan tahu serba sedikit mengenai kekuatan dan kelemahan pemain negara dan beliau akan membentuk satu gandingan bersama Lilipaly.

4. Yanto Basna

Yanto Basna
Yanto Basna. Sumber Gambar: Indosport

Yanto Basna beraksi dalam saingan Thai League musim ini bersama Sukhothai. Bekas pemain Persib Bandung ini bakal mengawal benteng pertahanan Garuda bagi mengelakkan pintu gol dibolosi.

5. Beto Goncalves

Beto Goncalves
Beto Goncalves. Sumber Gambar: Indosport

Sejak menjadi pemain naturalisasi pada 2018 dan membuat penampilan pertama di pentas antarabangsa di Sukan Asia, Beto selalu menjadi pilihan untuk mengisi bahagian serangan dalam kesebelasan utama Indonesia. Pemain berusia 38 tahun ini akan menjadi harapan utama Indonesia bagi merobek gawang Malaysia.

Itulah dia 5 pemain Indonesia yang perlu diwaspadai oleh pemain pasukan negara pada esok. Kelima-lima pemain dijangka menjadi senjata utama skuad Garuda mencari kemenangan di laman sendiri pada perlawanan pembukaan kempen kelayakan.

Baca artikel lain menjelang perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di sini:

Impak Kutipan Mata FIFA Ranking Perlawanan Malaysia Bertemu Indonesia

Andik Vermansah Mahu Balas Dendam Kekalahan Skuad U18 Indonesia

Azam Azih Akui Kehadiran Saddil Ramdani Beri Kelebihan Kepada Indonesia