Bekas pemain pasukan Selangor dan Kedah dalam saingan Liga Super, Andik Vermansah dalam satu artikel kepada media Indonesia memberitahu bahawa dia mahu membalas dendam keatas kekalahan skuad U18 Indonesia kepada Malaysia ketika kejohanan AFF U18 baru-baru ini.

Dalam perlawanan itu pasukan bawah umur Indonesia tewas 3-4 kepada Malaysia dan apa yang lebih mencalar maruah mereka adalah peristiwa itu berlaku pada Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-74, 17 Ogos yang lalu.

Andik melalui artikel yang dikeluarkan oleh CNN Indonesia itu berharap para penyokong timnas Indonesia hadir ke Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) untuk memberikan semangat ketika berdepan Malaysia.

andik vermansah

“Ini perlawanan yang sangat penting sekali, kerana adik-adik kami kalah jadi kami bisa membalas disini. Tapi saya sangat berharap seluruh masyarakat memnuhi stadium kerana itu adalah sokongan yang terbaik. Jujur, kalau kehadiran penyokong penuh di stadium rasanya tenaga berlipat kali ganda, ini nyaa yang pernah saya alami,” kata Andik selepas latihan di Senayan.

“Perlawanan pertama ini akan menentukan kepercayaan diri permain. Perlawanan selepas itu bertemu Thailand, UAE dan Vietnam, pastinya dibutuhkan kemenangan oleh penyokong,” tambah bekas pemain Persebaya Surabaya itu.

Dalam pada itu beberapa hari lalu, pemain Pahang FA Saddil Ramdani dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Indonesia dan beliau merupakan satu-satunya pemain dalam skuad Simon McMenemy yang beraksi dalam Liga Malaysia.

Beberapa lagi pemain yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia juga mungkin akan memberikan maklumat berkenaan pemain-pemain dalam skuad kebangsaan Malaysia menjelang sepak mula pada 5 September 2019 nanti.

Baca artikel lain dibawah yang berkaitan dengan pertembungan Malaysia dan Indonesia.

Harga Sebenar Tiket Penyokong Malaysia Di Stadium Utama Gelora Bung Karno Adalah RM116.75 Sekeping!

Ponaryo Astaman: Barracuda Dari Hotel Ke Stadium Sekadar Permainan Psikologi Pasukan Malaysia

Greg Nwokolo Yakin Indonesia Tewaskan Harimau Malaya Di Gelora Bung Karno

Sumber