Nama Andik Vermansah cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Pemain sayap dari Indonesia ini pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama Selangor pada musim 2014 hingga 2017 dan Kedah pada tahun 2018.
Kemudian beliau kembali semula ke Liga Indonesia menyertai Madura United pada tahun 2019 dan sempat beraksi dalam 24 perlawanan sebelum ditangguhkan kerana penularan wabak COVID-19.
Namun begitu, pemain yang berusia 29 tahun ini mengakui menyesal kerana tidak mengambil peluang untuk beraksi di Amerika Syarikat dan Jepun sebaliknya memilih untuk menerima tawaran gaji lumayan oleh kelab dari Liga Malaysia pada ketika itu.
“Ada tawaran dari Malaysia. Sebenarnya ada juga dari Jepun dan Amerika. Tetapi saya ambil dulu di Malaysia. Terus terang, saya menyesal juga. Waktu itu saya ingat dapat wang yang banyak sudah cukup tetapi saya tidak berfikir panjang,” katanya dalam bola.com.
Rate this goal out of 🔟 🔥 @andik_vermansah #GoalOfTheDay pic.twitter.com/KhFwxRLB7t
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) July 23, 2020
Ketika itu, Andik menerima tawaran daripada kelab Major League Soccer (MLS), DC United dan kelab dari J-League, Ventforet Kofu. Bagaimanapun, gaji yang ditawarkan oleh dua kelab ini cukup kecil berbanding kelab dari Liga Super, Selangor yang menawarkan gaji yang lebih lumayan dua kali ganda.
“Andainya saya (terima tawaran main) di Amerika, mungkin saya boleh (mengembangkan karier) di kelab lain kerana kemudahan dan fasiliti latihan di sana sangat bagus.
“Erick Tohir (Bekas pemilik DC United) tanya saya dan agen, kata jurulatih DC United sangat berminat tetapi bukan dengan pasukan utama. Saya lihat nilai gajinya sama dengan Persebaya sedangkan Selangor tawar dua kali ganda lebih lumayan, makanya saya pilih Selangor,” jelasnya.
Walaupun menyesal dengan keputusan tersebut, Andik tetap bersyukur dapat beraksi dengan pasukan gergasi seperti Selangor selama 4 tahun dan membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2015.
Penghijrahannya ke sana juga membantu beliau meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan jurulatih import (Mehmet Durakovic).
“Bahasa Inggeris sudah pasti. Orang sana kan biasa pakai bahasa Inggeris, jadi untuk bercakap dengan pemain tempatan dan asing kita pakai bahasa Inggeris. Yang kedua, pengalaman dilatih oleh jurulatih asing. Saya juga bangga menjadi pemain import di sana, menurut saya ia pengalaman yang terbaik,” tambahnya.
Pada tahun 2018, Andik menyertai Kedah dengan kontrak selama setahun bagi mengisi slot kuota import Asean pasukan tersebut. Ketika itu, beliau menjadi rebutan 6 kelab Indonesia sebelum akhirnya memutuskan untuk bersama skuad hijau kuning.
“Sebenarnya, Selangor mahu saya kekal tapi saya memilih untuk keluar. Ya biasalah ada tawaran yang lebih besar lagi. Sebenarnya saya mahu bermain di Malaysia selama 8 tahun tetapi kerana ada urusan lain, saya kembali ke Indonesia.
“Saya mahu menikah lalu Madura United mahu dapatkan khidmat saya. Alhamdulillah gaji sama lah. Jadi, saya setahun di sana, sekarang di Bhayangkara FC,” ujarnya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.Â
Penjaring Terbanyak Piala AFC, Bienvenido Marañón Semakin Hampir Jadi Warganegara Filipina
Jepun Ada 451 Pemain Di Serata Eropah, 250 Pemain Aktif Bermain Dalam Liga Bola Sepak Jerman.
Menyanyi Lagu Kebangsaan Brazil Ketika Menyarung Jersi Vietnam, Punca Naturalisasi Tertutup Rapat?