Ketika isu pemain naturalisasi menjadi topik hangat diperkatakan baru-baru ini, ada beberapa maklum balas yang diterima mengenai kenapa Vietnam tidak menggunakan pemain naturalisasi.

Mungkin ramai juga yang tahu ada beberapa pemain yang masih aktif dalam aksi V.League 1 juga berstatus naturalisasi tetapi tidak dipanggil ke skuad kebangsaan.

Ada yang mengatakan bahawa prestasi mereka tidak mencapai tahap yang dimahukan oleh skuad kebangsaan Vietnam ketika ini atau mungkin sudah tua.

Bertitik tolak dari perkara ini, VOCKET FC cuba mencari jawapan atau punca sebenar apakah yang berlaku dalam konteks naturalisasi dalam skuad kebangsaan Vietnam yang mungkin tidak ramai daripada kita tahu.

Selepas berjaya berhubung dengan seorang penulis di Vietnam, pendedahan yang dibuat mungkin mengejutkan tetapi ada pengajaran yang kita boleh ambil sebagai panduan.

Menurut beliau, skuad kebangsaan Vietnam pernah memiliki pemain berstatus naturalisasi pada tahun 2008.

Phan Van Santos atau Fabio dos Santos yang berasal dari Brazil, beraksi diposisi penjaga gol muncul sebagai pemain naturalisasi pertama.

26B328EC-CBD0-48A1-8508-BE1629098A44

Mungkin aksi beliau telah membantu pasukan tetapi ada satu insiden yang telah mengubah segala-galanya sehingga hari ini.

Ketika turun beraksi menentang skuad Olimpik Brazil dalam satu perlawanan persahabatan, Phan Van Santos telah menyanyikan lagu kebangsaan Brazil ketika menyarung jersi Vietnam sebelum perlawanan bermula.

Cuba bayangkan apa perasaan penyokong Vietnam ketika itu. Apa yang berlegar dalam fikiran mereka?

20F2BF39-F854-4C6F-A82E-9F27A5AAFFEE

Selepas insiden memalukan itu, Santos telah disingkirkan dari skuad kebangsaan dan walaupun ada 1 atau 2 pemain naturalisasi lain cuba memecah masuk ke skuad kebangsaan Vietnam sekitar 2009, tetapi tidak bertahan lama.

Mengambil iktibar dan pengajaran dari perkara yang berlaku, mereka tidak lagi mahu menggunakan pemain naturalisasi seperti Santos.

Walaupun berlaku kira-kira 13 tahun lalu, masih ramai penyokong bola sepak Vietnam yang tidak boleh menerima perkara itu sehingga kini.

19FD2BD5-3E2F-4A30-AA3C-4192B21C5E48

Santos dikatakan punca mengapa naturalisasi boleh dikatakan tertutup rapat walaupun. Perkembangan terkini skuad kebangsaan Vietnam juga dilihat sebagai asas kukuh untuk ‘menafikan’ naturalisasi dalam skuad ketika ini.

“Santos bernasib baik pada ketika itu masih tiada sosial media yang meluas seperti sekarang.”

“Tiada negara yang patut jadi seperti kami (Vietnam). Anda boleh pandang kami sebagai contoh samada mahu membenarkan naturalisasi atau tidak.”

“Cuma pastikan orang itu sebenarnya mahu memberikan sumbangan.”

“Selagi mana anda tidak mempunyai seorang ‘Santos’, naturalisasi adalah satu peluang.”

Phan Van Santos kini berusia 43 tahun dan tinggal di Vietnam, mengendalikan pusat latihan bola sepak yang dikenali sebagai Saigon Santos FC.