Seorang individu yang tidak dikenali memberi nasihat kepada bekas pemain Selangor dan Kedah Darul Aman, Andik Vermansah agar tidak menyertai TRW Kelantan pada jendela perpindahan kedua saingan Liga Malaysia musim ini.
Baca Juga:
- Andik Vermansah Semakin Hampir Sertai TRW Kelantan
- Peguam Tidak Main-Main Mahu Beli TRW Kelantan
- FAM: Kelantan Gagal Daftar Pemain Asing Baharu Kerana Kelemahan Sendiri
Perkara ini dikongsikan oleh No Context Bola Malaysia yang mana ada individu menghantar mesej kepada Andik Vermansah di laman media sosial Instagram milik pemain itu dengan memberi nasihat agar tidak menyertai pasukan bermasalah seperti TRW Kelantan.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) August 22, 2023
Andik membalas mesej tersebut dengan mengucapkan terima kasih di atas nasihat yang diberikan oleh individu tersebut.
Umum mengetahui bahawa Kelantan tidak dapat mendaftarkan seramai empat pemain baharu yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua iaitu Aliakbar Ahmadi, Allie Sisse, Ahmed Magdy dan Dennis Bushening ekoran sudah melepasi tarikh akhir untuk mendaftarkan pemain.
Menurut pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham, isu teknikal menjadi punca empat pemain import baharu The Red Warriors tidak dapat didaftarkan dan menyalahkan beberapa pihak dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
FAM tampil menafikan segala tuduhan yang dilontarkan terhadap badan itu dengan memberi penjelasan mengenai kronologi perkara yang berlaku menerusi laman media sosial rasmi badan itu.
Menurut FAM, mereka telah sehabis baik cuba membantu kelab dari Pantai Timur itu dari segi proses dan rayuan terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
“FAM menghantar surat permohonan rasmi kepada FIFA untuk melanjutkan tempoh pendaftaran kedua pemain.
“FIFA memaklumkan permohonan tersebut adalah ditolak disebabkan tempoh tersebut hanya boleh diubah sebelum tempoh pendaftaran pemain tersebut bermula,” dipetik dari kenyataan rasmi FAM.