Kira-kira sebulan yang lalu, Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) mengumumkan senarai pemain untuk bertemu Myanmar dalam perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia dimana semua pemain yang disenaraikan berpangkalan di eropah.
Sebahagian besar peminat bola sepak mungkin sudah mengetahui ramai pemain-pemain Jepun beraksi secara profesional di eropah, tetapi berapa ramaikah sebenarnya?
Persoalan itu boleh dikatakan terjawab hari ini apabila seorang pengguna laman sosial Twitter dengan nama Giubilomario mendedahkan bahawa ada seramai 451 orang pemain Jepun beraksi secara aktif di eropah ketika ini.
Ramai kan?
https://twitter.com/giubilomario/status/1408179768860700673?s=20
Lebih menarik perhatian adalah, daripada jumlah itu, 250 orang pemain berpangkalan di Jerman!
VOCKET FC menghubungi beliau untuk mendapatkan lebih butiran dan menurutnya data tersebut diperolehi dari laman web Transfermarkt. Hasil carian yang telah kami lakukan adalah seperti dibawah.
250 orang pemain di Jerman ini bukan semuanya beraksi dalam saingan Bundesliga sahaja tetapi turut mengambil kira pemain-pemain yang bermain dalam saingan divisyen 4 (Regionalliga West) seperti Shun Terada bersama kelab Rot-Weiß Oberhausen.
Mungkin mereka beraksi dengan kelab kurang ternama namun peluang untuk berdepan dengan pasukan seperti Borussia Dortmund II, FC Schalke O4 II, FC Koln II dan sebagainya dapat memberikan mereka pengalaman berharga.
Berikut adalah senarai penuh bilangan pemain Jepun yang bertebaran di eropah mengikut data dari Transfermarkt untuk rujukan anda;
- Jerman – 250 pemain
- Sepanyol – 29 pemain
- Montenegro – 22 pemain
- Portugal – 15 pemain
- Malta – 12 pemain
- Austria, Poland, Croatia & Belgium – 10 pemain
- Lithuania – 9 pemain
- Perancis – 8 pemain
- Belanda & Latvia – 7 pemain
- Finland & Romania – 6 pemain
- Sweden & Switzerland – 5 pemain
- England & Italy – 4 pemain
- Moldova & Luxembourg – 3 pemain
- Russia, Slovakia, Greece, Albania & Serbia – 2 pemain
- Norway, Ireland, Estonia & Slovenia – 1 pemain
https://twitter.com/giubilomario/status/1408296423523713032?s=20
Menurut perbincangan mereka yang lebih dekat dengan situasi bola sepak Jepun, lambakan pemain seperti ini adalah disebabkan banyak faktor dan salah satunya adalah hubungan naik kelab amatur Jerman ejen-ejen dari Jepun serta beberapa kelab yang dimiliki oleh warga negara matahari terbit itu.
Nota: 3 divisyen utama J.League memiliki 55 buah kelab profesional. Sekiranya setiap kelab mendaftarkan 25 pemain, ini bermakna mereka mempunyai 1,375 orang pemain profesional dalam liga domestik sahaja.
Jadi, tidak menghairankan untuk mereka layak ke saingan Piala Dunia 6 kali berturut-turut dengan apa yang mereka miliki hari ini.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan dibawah.
Menyanyi Lagu Kebangsaan Brazil Ketika Menyarung Jersi Vietnam, Punca Naturalisasi Tertutup Rapat?