Seperti kebiasaan sejak 100 tahun lalu, edisi Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Seluruh Jepun kembali lagi untuk edisi 2021 dan lebih 44 buah sekolah kini berkampung disekitar Tokyo bagi memburu gelaran sebagai juara.
Kini, kejohanan itu telah mencuri tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia apabila satu jaringan berpunca dari sepakan percuma yang sangat unik oleh pasukan Sekolah Tinggi Takagawa Gakuen ketika bertemu Sekolah Tinggi Seiryou.
Tonton video diatas untuk melihat bagaiman satu sepakan yang digelar menggunakan ‘Enjinkaiten Jutsu’ itu berjaya memecah kebuntuan perlawanan pada 29 Disember lalu.
Nota:
- Sekolah Tinggi Takagawa adalah wakil dari prefektur Yamaguchi.
- Sekolah Tinggi Seiryou adalah wakil dari prefektur Ishikawa, dan merupakan sekolah lama Keisuke Honda.
- Edisi kali ini adalah kejohanan edisi ke 100, dan hanya melibatkan para pelajar dan pasukan dari semua sekolah tinggi di Jepun.
Impak sepakan percuma oleh budak-budak sekolah tinggi Jepun sebelum ini juga pernah memberikan satu magnitud yang besar seumpamanya dimana pada ketika itu Sekolah Tinggi Higashi Fukuoka melakukannya seperti dalam video dibawah.
Platform ini telah berjaya melahirkan berpuluh-puluh pemain yang mencipta nama bukan sahaja bersama kelab profesional di Jepun, malahan kini telah berjaya menarik minat kelab profesional eropah secara terus.
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Indonesia Muncul Negara Asia Paling Banyak Kutip Mata FIFA Ranking Bulan Disember 2021
Untung Pemain Thailand Dapat Pengurus Kaya, Buat ‘Lucky Draw’ Hadiah Barangan Berjenama Mewah