Selepas tamat perlawanan diantara Malaysia bertemu Vietnam dengan keputusan memihak kepada pihak lawan tempoh hari, seorang pemain Vietnam yang memakai jersi nombor 9 rupa-rupanya telah menghasilkan rekaan t-shirt dengan grafik ‘Jatuh Dalam Kotak Penalti’ dan dijual kepada orang ramai.
Pemain yang dimaksudkan adalah Nguyen Van Toan, yang dijatuhkan oleh Brendan Gan pada minit ke 83 dalam kotak penalti nampaknya menggunakan cara sebegini untuk (mungkin) membuktikan bahawa perkara itu adalah ‘real‘ dan bukan simulasi.
“It’s Real.”
Itulah ungkapan yang menjadi grafik t-shirt tersebut yang dijual pada harga VND299,000 atau RM54 melalui pelbagai platform media sosial terutamanya Facebook dan juga Lazada Vietnam.
Untuk makluman juga, pemain itu sebenarnya memang memiliki sebuah perniagaan pakaian yang menggunakan jenama VATO9 dinegara itu dan tinjauan dilaman Facebook rasmi mendapati jenama itu mempunyai sekitar 120,000 pengikut.
Tidak dapat dipastikan berapakah jumlah t-shirt dengan rekaan itu telah berjaya dijual, namun dijangkakan Nguyen Van Toan dan jenama VATO9 berjaya mengaut keuntungan yang agak besar selepas perkara itu viral diseluruh Vietnam.
Skuad Vietnam dibawah bimbingan Park Hang-seo telah berjaya mencatatkan sejarah baharu bola sepak negara itu apabila mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 dan muncul sebagai 12 pasukan terbaik Asia ketika ini.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.
FIFA Ranking: Malaysia Berjaya Kumpul 0.79 Mata Secara Keseluruhan Dari 4 Perlawanan
Media Jepun Dedahkan Pelajar Sekolah Tinggi Aomori Yamada Bakal Terima Tawaran Dari Kelab Ligue 1