Sebuah portal sukan terkenal Jepun, Sponichi hari ini telah mendedahkan berita mengenai tawaran yang diterima oleh seorang pemain tingkatan 6, Sekolah Tinggi Aomori Yamada dari sebuah kelab Ligue 1 Perancis.

Matsuki Kuryu, pemain yang memakai jersi nombor 10 sekolah tinggi di prefektur Aomori itu merupakan tonggak utama barisan hadapan pasukannya dan telah diperhatikan dengan rapat oleh ‘scout’ yang hadir dalam pertandingan peringkat remaja di Jepun.

Berasal dari prefektur Hokkaido, Matsuki Kuryu menyertai Sekolah Tinggi Aomori Yamada sejak dari tingkatan satu untuk menganggotai skuad U15 sekolah itu seterusnya berjaya menjadi kapten skuad U18 ketika ini.

news_332051_5

Menurut Sponichi juga, dilaporkan bahawa Strasbourg bakal menjadi destinasi pemain muda ini apabila menamatkan pelajaran diperingkat sekolah tinggi, dimana Eiji Kawashima juga berada dalam skuad tersebut.

Sekiranya perkara ini berlaku, dikatakan Matsuki Kuryu bakal mencipta sejarah baharu bola sepak Jepun sebagai pemain ke-2 berkelana ke eropah tanpa menyertai mana-mana kelab profesional J.League terlebih dahulu, selepas Ryo Miyaichi melakukannya pada tahun 2011.

Nampaknya, Jepun semakin hampir untuk mencapai satu tahap dimana pemain-pemain muda mereka seperti mempunyai pilihan alternatif untuk ke eropah dengan hanya mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan liga sekolah tinggi atau liga remaja elit sahaja tidak lama lagi.

Hujung bulan Januari 2021 yang lalu, Matsuki Kuryu juga telah terbang ke Olympique Lyon untuk menjalani sesi pemilihan skuad U19, mungkin selepas itu ramai yang mula memberikan perhatian kepada aksi beliau dalam aksi liga remaja Jepun.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

TERKINI: AFC Umumkan 22 Pasukan Layak Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Asia, 4 Pasukan Beraksi Di Play-Off

FIFA Ranking: Malaysia Berjaya Kumpul 0.79 Mata Secara Keseluruhan Dari 4 Perlawanan

Vietnam Cipta Sejarah Ke Pusingan Akhir WCQ 2022 Buat Kali Pertama, Muncul Selaku 12 Pasukan Terbaik Asia

Sumber