Selepas mengharungi 4 perlawanan yang melibatkan pengiraan mata FIFA Ranking, iaitu perlawanan persahabatan bertemu Bahrain dan 3 perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia telah berjaya ‘membawa’ pulang 0.79 mata secara keseluruhannya.

1 lagi perlawanan ketika bertemu Kuwait tidak dikira kerana bukan sekurang-kurangnya berstatus Tier 1 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh FIFA.

193597824_482470976159477_5046694017972628130_n

Jumlah mata tersebut adalah selepas ditambah semua mata yang diperolehi dari 4 perlawanan diatas dan butiran lanjut adalah seperti dibawah.

Perlawanan Persahabatan:

  • Bertemu Bahrain, skuad Malaysia kalah dengan keputusan 0-2.
  • Bagi perlawanan ini, Malaysia telah mencatatkan -1.58 mata

3 Perlawanan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022;

  • Kalah 0-4 bertemu UAE, Malaysia telah hilang -6.11 mata.
  • Tumpas 1-2 kepada Vietnam menyaksikan Malaysia mencatatkan -7.28 mata.
  • Manakala kemenangan 1-0 keatas Thailand pula membolehkan Malaysia mengutip 15.76 mata.

Secara keseluruhannya, kita hilang 14.97 mata (tewas 3 perlawanan) dan meraih 15.76 mata apabila menang keatas Thailand, menjadikan jumlah ‘mata bersih’ yang dibawa pulang adalah sebanyak 0.79 mata.

Dijangka, kedudukan Malaysia akan terus kekal pada ranking ke 153 dunia selepas tamat pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 semalam.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

TERKINI: AFC Umumkan 22 Pasukan Layak Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Asia, 4 Pasukan Beraksi Di Play-Off

Vietnam Cipta Sejarah Ke Pusingan Akhir WCQ 2022 Buat Kali Pertama, Muncul Selaku 12 Pasukan Terbaik Asia

Park Hang-seo: UAE Tidak Miliki Barisan Serangan Yang Terbaik, Kami Tidak Turun Untuk Seri Atau Kalah