Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo terus melaungkan nada keyakinan dengan skuad yang dimilikinya apabila melabelkan UAE sebagai pasukan yang bukanlah mempunyai barisan serangan yang terbaik.
Walaupun Park Hang-seo tidak akan berada ditepi padang dalam perlawanan tengah malam nanti disebabkan penggantungan selepas menerima 2 kad kuning dan dilarang untuk berhubung dengan pasukan, itu tidak menjadi masalah untuk beliau.
“Kami telah menewaskan mereka 1-0 sebelum ini, tetapi situasi sekarang sudah berbeza. Taktikal dan teknikal mereka sudah berada ditahap lebih baik. Perlawanan ini dijangka sangat sukar.”
“Ali Mabkhout tidak beraksi dalam pertemuan sebelum ini, tetapi akan turun dalam perlawanan kali ini. Tambahan pula, mereka memiliki 3 pemain naturalisasi seperti Caio Canedo, Fabia de Lima dan Sebastian Taglibue.”
“3 pemain ini dan kelebihan beraksi ditempat sendiri adalah advantage dimiliki oleh UAE yang menyukarkan kami.”
Walaupun pasukan UAE mencatatkan 20 jaringan selepas 7 perlawanan, Park Hang-seo masih menganggap pasukan itu tidak memiliki barisan serangan terbaik.
“Saya fikir UAE bukan sebuah pasukan dengan barisan serangan paling kuat, kerana kami pernah bertemu Iraq dan Iran sebelum ini.”
“Ramai bercakap kami memiliki pertahanan yang kukuh tetapi sebarang kemungkinan boleh berlaku. Apa yang paling penting adalah Vietnam akan beraksi mengikut perancangan taktikal sendiri.”
Kedudukan terkini kumpulan G.
Malaysia akan menghadapi Thailand dalam perlawanan terakhir pada 16 Jun pukul 12.45 tengah malam. #WCQ2022 #HarimauMalaya pic.twitter.com/odhoyD6MZL
— VOCKET FC (@vocketfc) June 11, 2021
“Esok adalah perlawanan yang sukar, tetapi saya tidak mahu pemain fikir keputusan seri sudah cukup untuk muncul juara kumpulan G.”
Mengulas mengenai penggantungan beliau, Park Hang-seo menyatakan beliau sudah menyiapkan beberapa perancangan khusus untuk berdepan UAE, yang akan dikendalikan oleh pembantu beliau iaitu Lee Young-jin.
“Sebenarnya, saya masih ketua jurulatih sehingga perlawanan tersebut bermula. Kami sudah menyiapkan beberapa perancangan khas untuk dilaksanakan dalam perlawanan esok. Akan ada beberapa perubahan bergantung kepada situasi, pembantu saya akan laksanakannya.”
“Dia cukup layak untuk memberikan arahan semasa perlawanan berlangsung.”
Teruskan membaca beberapa artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.
11 Pemain Vietnam Turun Beraksi Berdepan Indonesia Adalah Skuad Naib Juara Piala Asia U23 2018
Vietnam Hilang Khidmat Nguyen Quang Hai Berdepan Malaysia, Digantung Selepas Terima 2 Kad Kuning
Subkhiddin Tampil Beri Penjelasan Pertikaian Gol Lukaku Yang Dikatakan ‘Offside’ Oleh Netizen