Selepas gol pertama Belgium dalam perlawanan berdepan Russia semalam, jaringan pertama Romelu Lukaku terus menjadi pertikaian para peminat bola sepak berkenaan samada sepatutnya pengadil membuat keputusan offside dan membatalkan gol tersebut atau tidak.

Walaupun sudah ada beberapa penerangan yang baik dilakukan, tetapi ada juga yang berkeras dengan kedudukan offside Romelu Lukaku itu dan gol Belgium tidak patut dikira.

lukaku

Subkhiddin Mohd Salleh, bekas pengadil berpengalaman diperingkat dunia tampil memberikan pandangan dan penjelasan beliau di laman sosial Twitter yang mungkin mampu menjawab pertikaian peminat bola sepak di Malaysia khususnya.

Menurut Subkhiddin, beliau menggunakan rujukan Laws of the Game 2021/22 | Law 11 | Offside | Page 93 Principle pertama dalam undang-undang ofsaid ialah seseorang pemain yang berada di posisi ofsaid bukanlah satu kesalahan.

Setelah beliau melakukan penelitian insiden tersebut, Subkhiddin menyatakan bahwa dia bersetuju dengan keputusan pengadil yang telah membenarkan jaringan gol oleh Romelu Lukaku.

Subkhiddin juga percaya bahawa sudah semakin ramai peminat bola sepak di Malaysia membaca buku peraturan dan undang-undang bola sepak seperti yang dinyatakan diatas, tetapi beliau menambah bahawa buku undang-undang permainan tidak bolah dibaca sahaja, tetapi memerlukan seseorang yang arif untuk menjelaskan maksud, falsafah dan semangat yang terkandung didalamnya.

Diharapkan penjelasan seperti ini dari seorang ‘ahli’ dalam undang-undang bola sepak mampu memberikan pencerahan yang lebih jelas untuk kita semua sama-sama menimba ilmu berkaitan bola sepak.

Teruskan membaca artikel-artikel dibawah yang telah kami sediakan untuk anda.

11 Pemain Vietnam Turun Beraksi Berdepan Indonesia Adalah Skuad Naib Juara Piala Asia U23 2018

Pengadil Kontroversi Dari Korea Selatan Di Sukan Asia 2018 Kendalikan Perlawanan UAE Dan Malaysia