Cambridge United melakukan perkara yang akan dikenang selama lamanya di dalam bola sepak.
Kelab kerdil tersebut bermain dalam divisyen ketiga Inggeris dan sedang bertarung penyingkiran, berada di tangga ke-16 ketika mereka berkunjung ke St James’ Park.
St James’ Park penuh dengan lautan manusia yang hadir untuk menyaksikan Kieran Trippier melakukan debut bersama pasukan baharunya.
Selain itu, pemilik kelab Newcastle, Billionaire Yasir Al Rumayyan sanggup terbang menggunakan jet peribadinya dari Arab Saudi ke Newcastle bersama sama menyaksikan aksi pasukannya melayan pasukan tidak ternama.
Mereka yakin akan dapat melepasi pusingan ketiga ini tanpa sebarang masalah. Eddie Howe malah menurunkan kesebelasan terkuatnya termasuk memberikan debut penuh kepada Trippier serta merta.
Al Rumayyan @PIF_en & @NUFC Chairman to land in Newcastle in the next 45 minutes. #NUFC #NUFCTakeover pic.twitter.com/re9t2xo3SZ
— NUFCNews24 (@NUFCNews24) October 17, 2021
Namun debut Trippier bertukar tragedi apabila mereka disingkirkan oleh Cambridge United di hadapan pemilik kelab dan penyokong mereka sendiri.
Newcastle melakukan 22 percubaan ke arah gol namun tak satu pun berjaya menewaskan penjaga gol muda asal Bulgaria – Dimitar Mitov.
Magpies hampir mendahului seawal minit keempat namun Sean Longstaff gagal menyempurnakannya peluangnya.
Pada minit ke ke-12, Allan Saint-Maximin menyungkit bola untuk Joelinton namun peluang sekali lagi gagal menyempurnakan peluang mereka.
Penjaga gol Cambridge, Dimitar Mitov terus cemerlang menafikan percubaan dari Newcastle.
Melihat aksi penjaga gol mereka, para pemain Cambridge seolah olah mahu membalas budi kepada penjaga gol mereka yang bermain untuk B-21 Bulgaria itu.
Pasukan pelawat kemudian meminta penalti pada minit ke-36. Namun VAR menafikannya.
Saint-Maximin sekali lagi menguji Mitov yang melakukan aksi penyelamatan akrobatik. Mitov turut menggagalkan usahan Ritchie daripada sepakan penjuru minit ke-38, susulan daripada Fabian Schar pula ofsaid, membuatkan gol dibatalkan.
Murphy kemudian menguji Mitov, dan sekali lagi penjaga gol itu menafikan percubaan Newcastle dan bola terkena palang.
Cambridge benar benar bermotivasi selepas aksi separuh masa pertama yang cemerlang ketika mereka bertahan.
Pada separuh masa kedua, debutant, Kieran Trippier berjaya melakukan sepakan penjuru yang tepat ke arah Joelinton. Tetapi voli Joelinton terus ke dakapan Mitov.
Newcastle kemudian menyaksikan satu lagi gol mereka – kali ini menerusi Murphy dibatalkan kerana ofsaid.
Dan pada minit ke-56, pasukan divisyen 3, Cambridge United mendahului – ianya memerlukan penyokong Cambridge menunggu penuh debaran menanti keputusan VAR.
What a moment. What a man. #CamUTD pic.twitter.com/Z3Kg2pPgxk
— Cambridge United FC (@CambridgeUtdFC) January 8, 2022
Akhirnya VAR mengesahkan gol Joe Ironside itu adalah bersih.
Cambridge malah sempat menembusi gawang Newcastle kali kedua selepas itu namun ianya dibatalkan kerana ofsaid.
Cambridge terus bertahan kental dan akhirnya menyingkirkan pasukan paling kaya di dunia pada ketika ini daripada pusingan ketiga.
🚨 NEWCASTLE UNITED ARE OUT OF THE FA CUP 🚨
The richest club in the world have just been stunned at St James' Park by struggling League One side Cambridge United! 😳 pic.twitter.com/GZKAdjSope
— SPORTbible (@sportbible) January 8, 2022
Saksikan detik detik kelab terkaya di dunia disingkirkan kelab bawahan.