Perkembangan terbaru mengenai Luqman Hakim menyaksikan salah satu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United dikhabarkan menawarkan kontrak kepada penyerang skuad B-19 Tahun negara itu.
Newcastle menjadi sebutan setelah Luqman menandatangani kontrak bersama sebuah ejen yang berpangkalan di London iaitu EL-EF Sport. Slah seorang ejen EL-EF yang mewakili Luqman iaitu Lionel Foy dikhabarkan mempunyai hubungan dengan Newcastle.
Latest report says Luqman Hakim Shamsudin received an offer from Premier League club, Newcastle United.
This comes after Lionel Foy represents him as football agent.
Even if it's true, work permit will be a huge problem.
Maybe signed with Newscastle and loaned to KV Kortrijk?
— Dandelion Biru (@newdandbiru) June 18, 2020
Sebelum ini, sebuah kelab yang tidak diketahui namanya yang beraksi di saingan EPL mahu mendapatkan khidmat Luqman selain kelab dari Belgium, KV Kotrijk. Kelab tersebut mahu mengukuhkan reputasi mereka di rantau Asia Tenggara dan Luqman dilihat mampu menyumbang dalam usaha tersebut.
Kelab tersebut juga mungkin bersetuju untuk meminjamkan Luqman Hakim kepada pasukan @kvkofficieel selama 2 atau 3 tahun untuk mendapatkan game time dan visa (permit pekerjaan) untuk bermain di England pada masa akan datang.
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) June 10, 2020
Kelab tersebut bersetuju untuk meminjamkan pemain itu ke KV Kortrijk selama dua ke tiga musim Tujuannya ialah bagi memastikan pemain berusia 18 tahun itu mendapat minit bermain yang cukup selain memperoleh visa untuk beraksi di England pada masa akan datang.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Luqman Hakim