Prestasi yang kurang memberangsangkan dalam saingan Liga Super setakat ini nyata memberi kesan terhadap ketua jurulatih UiTM FC, Frank Bernhardt apabila pihak pengurusan dilaporkan telah merehatkan pengendali dari Jerman itu.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana UiTM kekal menjadi satu-satunya pasukan yang belum meraih kemenangan dalam saingan liga setakat ini.
7 perlawanan tanpa kemenangan dan sekadar kutip 1 mata, difahamkan UiTM FC telah merehatkan jurulatihnya Frank Bernhardt menjelang aksi menentang Melaka United Sabtu ini.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 8, 2021
UiTM mengalami enam kekalahan dan satu seri dalam tujuh perlawanan Liga Super sekaligus meletakkan mereka di tangga tercorot sekaligus berada dalam zon penyingkiran.
Prestasi yang ditampilkan saat ini nyata jauh berbeza dengan musim lalu dimana The Lion Troops menamatkan saingan di tangga keenam selain menewaskan beberapa pasukan besar.
Selain merehatkan Bernhardt, UiTM difahamkan turut merehatkan pembantunya, Wan Mustafa Wan Ismail dan tugas mereka akan dipangku Pengarah Teknikal UiTM FC Reduan Abdullah dan bekas penolong jurulatih JDT Ismail Ibrahim.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
3 Bulan Tidak Dibayar Gaji, Pemain Sabah Boikot Sesi Latihan
Pemain Kacukan Malaysia-England, Stuart Wilkin Sah Sertai Johor Darul Ta’zim