Jurulatih kelahiran Jerman, Thomas Dooley sudah tidak lagi mengendalikan pasukan setelah Sri Pahang tewas kepada Selangor dan Perak pada dua perlawanan awal saingan Liga Super musim ini.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter iaitu Borak Bola Pahang mendedahkan faktor utama mengapa pengurusan pasukan memutuskan untuk merehatkan Dooley dan pembantunya, Christophe Gamel daripada tugas sebagai star kejurulatihan pasukan.
Punca sebenar mengapa Thomas Dooley dan Gamel direhatkan ialah kerana faktor si Dooley ni kritik mengenai fasiliti Pahang yang dikatakan serupa pasukan divisyen 8 Jerman.
Tetapi apa kaitan dengan 2 perlawanan tersebut?
Point untuk rehatkan kedua dua individu tersebut.
— Twt Bola Pahang (@TwtBolaPahang) March 22, 2021
Dooley sebelum ini pernah mengkritik pasukan ekoran tidak memiliki fasiliti latihan yang sempurna untuk para pemainnya berlatih. Selain itu, bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Filipina itu turut menyifatkan apa yang terdapat di Pahang sama seperti kelab amatur dari liga divisyen 8 Jerman dimana mereka tidak mempunyai bilik persalinan dan tiada bilik mandi untuk para pemain.
Pihak pengurusan nyata kurang berpuas hati dengan kritikan yang dilontarkan oleh Thomas Dooley dan menjadikan perkara tersebut dan prestasi semasa sebagai alasan utama untuk merehatkan jurulatih berusia 59 tahun itu.
Ditambah dengan tewas 2 perlawanan awal maka lagi mudah untuk mereka rehatkan Dooley dan Gamel.
— Twt Bola Pahang (@TwtBolaPahang) March 22, 2021
Di bawah bimbingan Dollah Salleh, Sri Pahang setakat ini mengutip satu kemenangan iaitu ketika berdepan Sabah, satu seri ketika menentang Melaka United dan satu kekalahan ketika bertemu Petaling Jaya City.
Melihat kepada situasi semasa, Dollah nampaknya akan terus menggalas tugas sebagai ketua jurulatih bagi menghadapi saingan musim ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Thomas Dooley Terkejut Melihat Fasiliti Latihan Sri Pahang FC Yang Sangat ‘Miskin’
Herold Goulon Yakin Pahang Akan Jadi Lebih Kuat Dibawah Bimbingan Thomas Dooley