Pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero dikhabarkan bakal meninggalkan saingan Liga Malaysia dimana ada kelab dari negara jiran yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Aguero ialah Persija Jakarta yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Selain Persija yang berminat dengan Aguero, Zulhelmi turut mendedahkan sebuah kelab di Lembah Klang juga berminat untuk menandatangani ketua pasukan Sri Pahang itu.

Sebelum saingan Liga Malaysia musim ini bermula, pengendali Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad memilih pemain kelahiran Argentina itu untuk menjadi ketua pasukan.

“Sudah pasti tanggungjawab besar menanti apabila dilantik kapten. Saya berbesar hati dan berterima kasih kepada ketua jurulatih (Fandi Ahmad) dan kelab kerana memberi kepercayaan,” katanya.

Baru-baru ini, Sergio Aguero mendapat pujian peminat bola sepak tanah air selepas beliau mula belajar bahasa melayu.

Aguero dilihat belajar bahasa mudah yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian seperti Selamat Pagi, Selamat Tengah Hari dan Selamat Malam.

Ini merupakan langkah awal dalam proses pembelajaran beliau dan pemain itu bakal belajar perkataan yang lebih kompleks dan sukar selepas menguasai perkataan mudah.

Perkara ini lantas mendapat pujian daripada peminat bola sepak tanah air dimana mereka menganggap Sergio Aguero menghormati kerakyatan yang diberikan dan mahu belajar memahami bahasa kebangsaan.

Sebagai rakyat Malaysia, maka wajib untuk kita, tak kira lapisan masyarakat untuk fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Sergio Aguero
Sumber Gambar: Stefano Brundo

Selain Aguero, rakan sepasukan beliau iaitu Stefano Brundo turut mengambil kelas sama dan kedua-dua pemain dilihat sering berbalas komen di Instagram menggunakan bahasa melayu.