Pemain naturalisasi negara dan kapten Sri Pahang, Sergio Aguero mendapat pujian peminat bola sepak tanah air selepas beliau mula belajar bahasa melayu.

Aguero berkongsi menerusi laman media sosial Instagram miliknya yang menunjukkan pemain kelahiran Argentina itu mengambil kelas persendirian untuk belahar bahasa melayu.

Aguero dilihat belajar bahasa mudah yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian seperti Selamat Pagi, Selamat Tengah Hari dan Selamat Malam.

Ini merupakan langkah awal dalam proses pembelajaran beliau dan pemain itu bakal belajar perkataan yang lebih kompleks dan sukar selepas menguasai perkataan mudah.

Perkara ini lantas mendapat pujian daripada peminat bola sepak tanah air dimana mereka menganggap Sergio Aguero menghormati kerakyatan yang diberikan dan mahu belajar memahami bahasa kebangsaan.

Sebagai rakyat Malaysia, maka wajib untuk kita, tak kira lapisan masyarakat untuk fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Selain Aguero, rakan sepasukan beliau iaitu Stefano Brundo turut mengambil kelas sama dan kedua-dua pemain dilihat sering berbalas komen di Instagram menggunakan bahasa melayu.

Sergio Aguero
Sumber Gambar: Stefano Brundo

Langkah yang diambil oleh Aguero ini boleh dijadikan sebagai contoh oleh pemain naturalisasi lain dalam negara yang mana terdapat pelbagai cara untuk belajar bahasa kebangsaan.

Apa yang penting ialah pemain itu sendiri perlu mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk belajar bahasa kebangsaan.