2 hari lagi sebelum sepak mula Liga Malaysia 2021, skuad Tok Gajah kali ini cukup bersedia dan tidak sabar menghadapi perlawanan pertama menentang Selangor pada hari sabtu ini.
Kapten Sri Pahang FC, Herold Goulon menyifatkan kehadiran jurulatih baharu dari Amerika Syarikat, Thomas Dooley sangat tepat pada masanya kerana dia seorang profesional yang benar-benar tahu apa yang perlu dilakukan oleh pasukannya.
“Saya ada perkara positif untuk memberitahu anda tentang dia. Dia tahu apa yang betul dan apa yang harus dilakukan dan bagaimana melakukannya.
“Semua yang dia katakan cukup mudah, berterus-terang dan sangat jelas. Tetapi akan memakan masa untuk melihat hasilnya di atas padang. Saya pasti setelah kita biasa dengan sistem permainannya, Pahang akan menjadi pasukan yang kuat,” katanya dalam The Star.
Meskipun telah kehilangan beberapa pemain yang berkualiti seperti Mohamadou Sumareh, Nik Sharif Haseefy dan Faisal Abdul Halim pada musim ini, Dooley tetap percaya dengan kombinasi pemain sedia ada dan pemain baharu yang akan memantapkan lagi skuad pada musim ini termasuklah pemain tengah Nor Azam Abdul Azih yang menjadi antara paling lama bersama Pahang sejak 2015.
Dooley menyifatkan pemain berusia 26 tahun ini merupakan pemain yang cukup memahami apa yang diinginkan oleh jurulatih di atas padang dan akan memenuhi segala yang diperlukan oleh pasukan.
“Azam antara yang paling lama dengan Pahang dan dia bukan sahaja setia dengan kelab ini, tetapi juga setia dengan rakan sepasukannya dan akan buat apa sahaja untuk bantu pasukan.
“Dia seorang yang pemalu tetapi kadang-kadang kelakar dengan rakan-rakan, jadi sebab itu dia cukup disenangi dan sebagai jurulatih, saya senang dengan pemain seperti Azam.
“Prestasinya tidak pernah menurun dan sentiasa berada di tahap 80 peratus dan ke atas, bukan saya nak cakap dia tidak pernah melakukan kesilapan, semua pemain akan pernah membuat silap, tetapi Azam tidak pernah berputus asa dan sentiasa berusaha perbaiki diri”, kata Thomas Dooley.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Sri Pahang FC yang pernah dilaporkan oleh Vocket FC sebelum ini.
Thomas Dooley Terkejut Melihat Fasiliti Latihan Sri Pahang FC Yang Sangat ‘Miskin’
Mempunyai Ketinggian 191 cm, Mamadou Wague Bakal Berganding Dengan Herold Goulon Dalam Skuad Pahang
Sri Pahang Tandatangani Pedro Henrique, Isi Kuota Pemain Import Asean
‘Mesin Gol’ Dari Ukraine Sertai Pahang Ganti Tempat Sergio Aguero