Jendela perpindahan pertama Liga Malaysia 2021 akan ditutup pada hari esok namun skuad Tok Gajah sempat melakukan pertukaran terakhir pemain import mereka apabila menandatangani pemain dari Ukraine, Yevhen Bokhashvili bagi menggantikan tempat Sergio Fabian Ezequiel Agüero.
Difahamkan Aguero akan dipinjamkan ke kelab lain sehingga mencapai tempoh 5 tahun untuk dinaturalisasikan sebagai pemain tempatan dalam skuad Sri Pahang.
Bola sepak asia bukanlah asing bagi Bokhashvili kerana beliau sebelum ini beraksi dengan kelab Indonesia, PS Sleman dan merupakan salah seorang daripada penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia musim 2019.
Beliau digelar sebagai ‘mesin gol’ dalam kalangan penyokong PS Sleman kerana telah menjaringkan 16 gol dalam 36 penampilan dan turut menjadi buruan beberapa kelab gergasi Indonesia untuk hadapi saingan musim 2020.
Pamit Dari PSS Sleman, Yevhen Bokhashvili: Saya Akan Gabung Pahang https://t.co/RgnodQTt6W
— VFC Indonesia (@vocketfcID) February 18, 2021
CEO PS Sleman, Marco Gracia Paulo menjelaskan mereka sudah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan khidmat penyerang berbisa itu namun Bokhashvili memilih untuk beraksi dalam Liga Malaysia dengan pasukan Sri Pahang FC.
“Yevhen Bokhashvili bukan lagi pemain PS Sleman. Sebelumnya, Yevhen mengirimkan surat pengunduran diri dan meminta izin pada kelab untuk proseskan keinginannya itu,” jelas Marco Gracia.
“Berbagai upaya juga sudah dilakukan kelab agar Yevhen tetap kekal berada dalam keluarga PSS ini. Tapi sekali lagi, kami tak mahu ego dan harus memikirkan yang terbaik bagi kelab dan juga bagi setiap individu di dalamnya” tambahnya.
Marco turut mengakui PS Sleman berasa sangat rugi melepaskan khidmat pemain berusia 28 tahun itu kerana Yevhen Bokhashvili merupakan pemain import terbaik yang pernah dimiliki oleh kelab itu.
“Yevhen adalah salah satu pemain terbaik yang dimiliki PSS. Dia sudah banyak menyumbang dan berusaha untuk membanggakan warga Sleman. Tetapi kita juga ingin Yevhen mendapat tempat yang baik di luar sana walaupun tak lagi bersama kita,” jelas Marco.
Yevhen Bokhashvili juga pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Ukraine bawah 17 tahun hingga bawah 21 tahun. Kehadirannya bersama seorang lagi penyerang import dari Timor Leste bakal meningkatkan kekuatan jentera serangan Pahang musim ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
RASMI: Stefan Nikolic Isi Kuota Pemain Import Kelima Melaka United
10 Pasukan Liga Super Telah Memohon Lesen AFC Untuk Musim 2022 Kecuali Sri Pahang Dan Sabah
Kurniawan Dwi Yulianto Berikan Sebab Mengapa Sabah Tidak Ambil Khidmat Jorge Pereyra Diaz
Penyokong ‘The Red Warriors’ Teruja Dengan Jersi Musim 2021 Sehingga Mahu Jadikan Sebagai Baju Raya