Pengendali dari Amerika Syarikat-Jerman, Thomas Dooley mengakui terkejut apabila mendapati pasukan besar seperti Sri Pahang FC tidak mempunyai fasiliti latihan yang sempurna untuk para pemainnya berlatih.

Menurut kenyataannya dalam New Straits Times, apa yang terdapat di Pahang sama seperti kelab amatur dari liga divisyen 8 Jerman dimana mereka tidak mempunyai bilik persalinan dan tiada bilik mandi untuk para pemain.

Fasiliti latihan yang mungkin dimaksudkan oleh Dooley ialah padang latihan di Taman Gelora, Kuantan, Pahang.

image

“Saya datang dan melihat tempat latihan, tidak ada bilik persalinan. Ia cuma sebuah padang dengan air yang keluar dari belakang dinding konkrit.

“Saya tanya dimana bilik persalinan dan jawapan yang saya terima ialah ‘kami tidak mempunyai satu pun’. Kemudian saya tanya dimana pemain akan tukar baju mereka, saya diberitahu mereka mencuci pakaian sendiri dan saya mengatakan ini perlu diubah.

“Kami tidak dapat berlatih di padang itu kerana keadaannya tidak begitu baik (berlubang dan rumput panjang). Tetapi ada satu padang rumput tiruan (berdekatan Stadium Darul Makmur), ianya sudah lama dibina.

“Anda mahu pemain beraksi di hadapan 80,000 penyokong tetapi mereka mencuci pakaian sendiri dan hanya tukar baju dalam kereta. Situasi ini sama seperti kelab divisyen 8 Jerman dan ini Liga Super, liga divisyen utama di Malaysia,” katanya.

doolet
Thomas Dooley memulakan tugas sebagai pengendali Pahang sejak minggu lepas.

Bagaimanapun, Dooley tetap gembira berada di Pahang dan beliau harap pihak pengurusan dapat membina fasiliti latihan yang lebih baik untuk para pemainnya.

Malah, beliau juga kagum dengan disiplin pemain Pahang yang datang ke tempat latihan lebih awal dan ini akan memudahkan kerjanya untuk membina pasukan lebih mantap.

“Saya meminta pemain untuk datang lebih awal dan memberi mereka contoh bagaimana pemain Real Madrid selalu hadir lebih awal. Pemain (Sri Pahang) muncul pada hari berikutnya kira-kira setengah jam sebelum latihan, dan duduk selama setengah jam lagi. Itu tanda positif dan itulah yang kita perlukan untuk membina pasukan,” tambahnya.

Thomas Dooley turut akan dibantu oleh jurulatih dari Perancis, Christopher Gamel yang pernah mengendalikan pasukan kebangsaan Fiji selama 4 tahun dan skuad kebangsaan Qatar bawah 18 tahun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Sri Pahang FC yang pernah dilaporkan oleh Vocket FC sebelum ini. 

Mempunyai Ketinggian 191 cm, Mamadou Wague Bakal Berganding Dengan Herold Goulon Dalam Skuad Pahang

Sri Pahang Tandatangani Pedro Henrique, Isi Kuota Pemain Import Asean

‘Mesin Gol’ Dari Ukraine Sertai Pahang Ganti Tempat Sergio Aguero