Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) semalam mengumumkan syarikat rawatan rambut, DrShah Hair Clinic sebagai rakan penaja baharu pasukan itu untuk musim 2021.

Menurut kenyataan rasmi, syarikat ini adalah syarikat yang menjalankan perniagaan perkhidmatan dan berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang merawat masalah rambut dalam mencegah pembotakan dan menumbuhkan rambut semula.

Dr Shah adalah salah satu pakar pilihan utama selebriti terkenal seperti Norman Hakim, Zahiril Adzim, Hafidz Rosdi, Ungku Haris, Kodi, Fikri Ibrahim, Que Haidar, Riz Amin, Zoey dan ramai lagi.

Lebih menarik, beliau juga mempunyai minat dengan sukan bolasepak dari bangku sekolah lagi, sokongan yang tidak berbelah untuk terlibat dalam usaha untuk memajukan setiap pasukan yang membawa imej dan nama Terengganu lebih-lebih lagi dalam sukan bola sepak yang berada di pantai timur.

168915878_1198464797250866_823251535058040203_n
FOTO: Terengganu FC

“Bagi pihak Terengganu FC Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Ekskutif Encik Ab Rasid bin Jusoh dan Ketua Pegawai Pemasaran Encik Dzul Ikram, kerjasama penajaan ini amat dialu-alukan dan gembira dengan sokongan yang diberikan untuk bersama-sama meningkatkan sukan bola sepak di negeri ini.

“Sebagai Penaja DRSHAH telah bersetuju untuk memberikan penajaan dalam bentuk barangan bernilai RM25,000.00 dan juga memberikan penajaan dalam bentuk kewangan sebanyak RM25,000.00,” kata kenyataan rasmi.

Para penyokong Terengganu juga berpeluang membeli produk penjagaan rambut edisi khas yang bakal dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Licin! Tiket Perlawanan Penang Menentang Sabah Sudah Habis Dijual

3 Bulan Tidak Dibayar Gaji, Pemain Sabah Boikot Sesi Latihan

UiTM FC Rehatkan Frank Bernhardt Menjelang Aksi Menentang Melaka United

Khalid Ali: Selangor Patutnya Hampir Dengan JDT, Bukan Tangga Ketujuh