Nampaknya tarikh akhir diberikan oleh Borussia Dortmund kepada Man United sudah pun tiba.
Sebelum ini Borussia Dortmund memberikan tempoh sehingga Isnin untuk United melakukan bidaan rasmi ke atas Jadon Sancho.
Jika tidak bermakna Sancho akan terus kekal di Dortmund dan akan menerima kenaikan gaji.
Borussia Dortmun sudah memberikan pengumuman kepada mana mana kelab yang mahukan pemain mereka. Harus membida pada harga yang mereka sudah letakkan dan lakukannya sebelum 10 Ogos.
Sebarang bidaan di luar waktu itu tidak akan dilayan kerana BvB mahu melakukan kem pra musim tanpa gangguan.
Manchester United transfer target Jadon Sancho has been included in Borussia Dortmund's pre-season training squad.
— Sky Sports (@SkySports) August 10, 2020
Fabrizio Romano mengesahkan bahawa tidak ada bidaan rasmi dihantar Man United untuk Sancho.
Fabrizio Romani menyatakan: “Jadon Sanchez kini bersama dengan pasukannya sebagai pemain Borussia Dortmund seperti biasa.”
“BvB dan Man United melakukan rundingan dalam 2 minggu namun gagal mencapai kesepakatan.”
“Terma peribadi bukan masalahnya. Ianya masih terpulang kepada kelab.”
Jadon Sancho is now with the team – as normal for a Borussia Dortmund player. BVB and Manchester United in talks by two weeks but still no agreement reached. Personal terms have never been a problem. It’s still up to the clubs. 🔴 #BVB #MUFC #transfers https://t.co/0fgYyLWPnS
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 10, 2020
Borussia Dortmund sudah menyatakan sebelum ini bahawa mereka mahu United cepat cepat muktamadkan perjanjian untuk mendapatkan Jadon Sancho.
Jadon Sancho dilporkan sudah setuju dengan terma perjanjian peribadi mengenai kontrak itu hingga 2025.
Namun, ada beberapa situasi yang menjadikan perpindahan pemain berusia 20 tahun itu belum rasmi.
Fabrizio Romano melaporkan bahawa terdapat perbincangan kontrak peribadi antara Manchester United dan Jadon Sancho. Mereka telah bersetuju dengan klausa peribadi dan jangka masa kontrak.
“Kontrak Jadon Sancho tidak menjadi masalah. Perjanjian peribadi siap ditandatangani hingga Jun 2025. Pemain kini menunggu sama ada kedua-dua kelab bersetuju atau tidak,” tegas Fabrizio Romano.
Tinggal Dortmund dan United tidak mempunyai perjanjian mengenai perpindahan Jadon Sancho.
Kedua-dua kelab masih berbeza dengan harga perpindahan. Dortmund tidak mahu mengurangkan harga Jadon Sancho hingga di bawah £100 juta.
“Manchester United sentiasa ingin membayar Sancho dengan ‘add ons’ (klausa bonus) setelah impak virus korona dan berusaha untuk dapat membayar secara ansuran,” sambung Romano.
“Pada masa ini, masih belum ada kesepakatan antara Manchester United dan Dortmund tetapi ‘perbincangan sedang berlangsung’,” katanya.
Borussia Dortmund memberikan tarikh akhir Isnin ini ataupun dalam 48 jam lagi untuk United memuktamadkan perbincangan.
Ini kerana Borussia Dortmund enggan isu perpindahan pemain mengganggu sesi pra musim mereka yang akan bermula selepas itu.
Gergasi Jerman itu dilaporkan menaikkan harga jual pemain sayap itu kepada £130 juta. United mahu membayar £110 juta / EUR120 juta yang akan dipecahkan kepada 3 bayaran.
Bayaran pertama adalah bayaran asas dengan £63 juta.
Sementara baki untuk add ons akan dibayar dalam dua tahun berikutnya dengan masing masing £27 juta dan £18 juta.
#mufc want to pay for Jadon Sancho in instalments. €70M immediately then €50M over the next two years (€30M + €20M) #muzone [Bild]
— United Zone (@ManUnitedZone_) August 2, 2020
Fabrizio Romano menambah, kedua-dua pasukan ingin segera mencapai persetujuan. Terutama Dortmund. Mereka mahu kepastian perpindahan Jadon Sancho selesai pada Ogos 2020 agar tidak mengganggu persiapan kelab.
“Borussia Dortmund ingin membuat keputusan akhir mengenai Sancho pada masa depan pada bulan Ogos kerana musim panas dan jika dia akan pergi, mereka memerlukan pengganti,” katanya.
“Memphis Depay ada dalam senarai (perpindahan Dortmund untuk menggantikan Jadon Sancho) tetapi bukan satu-satunya,” tambah beliau lagi.
Jadon Sancho bermain dengan cemerlang dengan Dortmund dalam dua musim terakhir.
Pemain Inggeris itu adalah pemain utama pasukan yang dibimbing oleh jurulatih Lucien Favre.
Pada musim 2019/2020, Jadon Sancho berjaya menjaringkan 19 gol dan 18 assist. Rekod itu meningkatkan statistiknya pada musim 2018/2019, di mana dia menjadi Pemain Muda Terbaik di Bundesliga.
Setelah dua musim yang indah di Dortmund, Jadon Sancho kini menjadi perhatian banyak kelab terkemuka di Eropah. Manchester United sangat berminat dengan perkhidmatan Jadon Sancho dan telah mengadakan perbincangan serius.
If Manchester United do not make an offer by Monday, Jadon Sancho will stay at Borussia Dortmund. The BVB bosses will then increase his salary from €6 million to €10 million [BILD] pic.twitter.com/PmWWywDuEt
— BVB Buzz (@BVBBuzz) August 7, 2020
Jika Man United tidak melakukan bidaan rasmi pada Isnin ini, Sancho akan terus kekal di Borussia Dortmund. BILD melaporkan, jika perkara itu berlaku, maka BvB akan menaikkan gaji Sancho daripada €6 juta kepada €10 juta semusim.
Baca juga perkembangan lain
Juventus Tukar Perancangan Kerana Pirlo Mahukan ‘Pirlo’ Jadi Maestro Bukannya Jorginho