Liverpool dan Manchester United bertemu dalam aksi persahabatan pra musim di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.
βͺ Hereβs how we line-up for our first pre-season outing of 2022 βͺ#LFCPreSeason
— Liverpool FC (@LFC) July 12, 2022
ππ Just dropped: our first starting XI of #MUTOUR22! π΄πΉπ#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) July 12, 2022
Liverpool terlebih dahulu mencetus ancaman bahaya menerusi bek kiri berusia 17 tahun, Isaac Mabaya yang melakukan hantaran lintang rendah. De Gea berjaya menghalang bola daripada sampai ke kaki pemain Liverpool.
The Reds kemudian menguji De Gea sekali lagi menerusi 2 percubaan Luis Diaz. Dan kedua duanya berjaya ditepis oleh De Gea dengan baik sekali.
Gaffer on the line #MUNLIV pic.twitter.com/Wcmja4VPhy
— Die Hard United (@DieHardUtdMUFC) July 12, 2022
Walaupun Liverpool tampil lebih dominan pada awal perlawanan, namun Manchester United terlebih dahulu di hadapan menerusi Jadon Sancho. Ianya selepas Isaac Mabaya gagal mengeluarkan bola dengan lebih baik. Dan Sancho terus merembat masuk bola rendah menewaskan Alisson Becker.
Ianya meletakkan Man United 1-0 di hadapan pada minit ke-12.
1-0 Manchester United.
Jadon Sancho opens the score vs Liverpool! pic.twitter.com/TzIBwhVCYQ
— ππ π ππππ π (@TheEuropeanLad) July 12, 2022
Kira kira 5 minit kemudian, Manchester United hampir menambah gol menerusi Marcus Rashford tetapi terkena tepi jaring.
Liverpool kemudian melakukan ancaman bahaya dengan gerakan Luis Diaz dan Fabio Carvalho. Tetapi tetap tiada gol terhasil.
Sebaliknya pada minit ke-30, Fred dengan licik melakukan lob menewaskan Alisson Becker, selepas satu lagi kesilapan Liverpool ketika bertahan.
2 minit kemudian, Anthony Martial memastikan Manchester United 3 gol di hadapan dengan satu penyudah yang sangat tenang.
3-0 Manchester United.
Martial makes it THREE against Liverpool! pic.twitter.com/DMYSEgw5qU
— ππ π ππππ π (@TheEuropeanLad) July 12, 2022
Pada separuh masa kedua, Liverpool tampil dominan namun mereka gagal untuk menembusi gawang De Gea.
Klopp kemudian memasukkan Darwin Nunez dan beberapa pemain utamanya pada minit ke-60.
Sekali lagi Liverpool dihukum dengan kesilapan mereka. Di mana Eric Bailly menggerakkan serangan balas dari bawah yang disudahkan oleh Facundo Pellistri.
4-0 Manchester United.
Pellistri makes it FOUR against Liverpool! pic.twitter.com/BUiZA5ExBI
— ππ π ππππ π (@TheEuropeanLad) July 12, 2022
Pada minit ke-87, Mohamed Salah melakukan lencongan yang terkena tiang. Darwin Nunez pula gagal menyempurnakan bola susulan dari jarak dekat.
Salah sekali lagi menguji gawang United dari jarak dekat. Dengan percubaannya dinafikan oleh Heaton.
Tamat perlawanan, Manchester United 4, Liverpool 0