Paul Pogba secara rasminya meninggalkan Manchester United. Pengumuman tentang pemergian Pogba sudah pun dibuat.
– Pogba joins United as a teenager.
– Then joins Juventus on a free transfer.
– Then United sign him for 100 million.
– He again leaves on a free transfer!Manchester United: pic.twitter.com/vYfL67ZOql
— Raphaa (@UTDRaphaa) June 1, 2022
Manchester United sebelum ini melepaskan Pogba secara percuma ke Juventus ketika dia remaja. Dan membelinya semula dengan harga rekod dunia pada ketika itu.
United mengesahkan pada hari Rabu bahawa Pogba akan meninggalkan Old Trafford buat kali kedua apabila kontraknya tamat pada 30 Jun, menamatkan salah satu kerjaya paling mengecewakan – dan paling mahal – dalam sejarah kelab.
Bonus kesetiaan adalah £3.8 juta merupakan kerugian terakhir buat Man United di mana peminat mereka masih menantikan Pogba versi pemenang Piala Dunia bersama Perancis ketika di United selama enam tahun.
Tetapi itu adalah terma bonus yang agak mengejutkan dan ironi yang ditawarkan United kepada Pogba untuk menariknya kembali dari Juventus dengan bayaran rekod dunia ketika itu £89 juta pada 2016.
Ianya beberapa tahun setelah mereka kehilangan pemain itu kepada kelab gergasi Itali untuk pampasan hanya £1.5 juta pada 2012.
Selain yuran perpindahan yang besar, United juga membayar £39.27 juta kepada ejen pemain itu Mino Raiola, yang meninggal dunia pada April, untuk mencapai perjanjian itu pada masa itu.
Pogba pada mulanya dibayar gaji asas £8.61 juta. Kemudian turun kepada £7.75 juta sebaik sahaja beberapa bonusnya terakrif.
Ini termasuk
- kesetiaan tahunan bermula pada penghujung tahun pertamanya
- bayaran hak imej berjumlah £2.87 juta setahun
- bonus layak ke UCL bernilai £1.875 juta untuk setiap satu daripada empat kali United layak ke Liga Juara-Juara semasa dia berada di sana.
Pogba adalah pemain yang paling mahal kosnya dalam sejarah United
Jumlah bil perbelanjaan yang ditanggung Manchester United untuk Pogba mencecah £218.93 juta ataupun purata £968,716 untuk setiap perlawanan daripada 226 perlawanan dia terlibat — atau £5.613 juta untuk setiap golnya daripada 39 gol keseluruhannya.
United tidak akan menerima pulangan daripada pelaburan mereka apabila Pogba menyertai kelab lain sebagai ejen percuma dalam masa beberapa minggu lagi, setelah mengadakan perbincangan dengan Paris Saint-Germain dan Real Madrid serta Juventus.
Namun pemain itu dijangka akan memilih Turin sekali lagi.
United juga tidak akan menerima apa-apa bayaran untuk Jesse Lingard selepas mengesahkan bahawa dia akan menamatkan kerjasama selama 22 tahun dengan kelab itu pada 30 Jun.
Paul Pogba cost Man Utd almost £1million a game during his six years back at Old Trafford – and now he's set to walk away for free with a £3.8m loyalty bonus https://t.co/AmiPXRJXI8 via @MailSport #mufc
— Chris Wheeler (@ChrisWheelerDM) June 1, 2022
Prestasi Pogba
Selepas penampilan debut ‘kedua’ yang mengagumkan menentang Southampton, di mana dia memukau penonton dengan penguasaan bahagian tengahnya yang menyeluruh, Pogba memulakan dua perlawanan akhir piala yang kedua-duanya membantu The Reds Devils menjulang piala.
Dia membintangi perlawanan akhir Piala Liga 2017 menentang Southampton, dalam kemenangan 3-2 hasil kemenangan lewat dramatik Zlatan Ibrahimovic.
Once a Red, always a Red 🔴
Thank you for your service, @PaulPogba 👏#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) June 1, 2022
Pemain Sweden itu menjaringkan dua gol dan, pada sepenuh masa, Mourinho memberikan penghargaan memilih Zlatan dan Paul sebagai pemain United yang cemerlang.
United melangkah ke final Liga Europa UEFA di Solna, Stockholm beberapa bulan kemudian, dan Pogbalah yang membuka tirai jaringan dalam kemenangan 2-0, hanya beberapa hari selepas pengeboman Manchester Arena yang tragis.
Musim 2017/18 seterusnya membawa penamat di tempat kedua yang dikatakan memberikan harapan baharu untuk musim berikutnya.
Pogba memberikan salah satu aksi terbaiknya ketika derbi Manchester yang sangat panas dalam usaha mereka mengekang City daripada meraikan kejuaraan awal di hadapan mereka.
United ketinggalan 2-0 pada separuh masa, dengan The Blues bermaharajalela.
Namun pada separuh masa kedua Pogba menjaringkan dua gol berturut-turut untuk menyamakan kedudukan dan mendiamkan penonton City.
Chris Smalling tidak lama kemudian meletakkan United di hadapan, melengkapkan salah satu kejangkitan semula yang paling menakjubkan dalam sejarah derby.
Kejayaan Piala Dunia menyusuli untuk pemaim tengah Perancis pada musim panas itu, di mana Pogba memainkan peranan penting dalam memacu Les Bleus kepada kemenangan 4-2 ke atas Croatia dalam perlawanan akhir Moscow.
Didorong oleh prestasi yang tinggi ketika itu, musim berikutnya pada 2018/19, dia membuktikan yang ia adalah paling prolifik dalam karier United Pogba, menghasilkan 16 gol dalam 47 penampilan.
Tetapi perubahan pengurusan – dengan Mourinho berlepas untuk digantikan oleh Ole Gunnar Solskjaer – dalam tempoh ketidakstabilan untuk pasukan.
Masalah kecederaan, dalam hanya 22 penampilan di semua pertandingan pada 2019/20, dengan United bergelut untuk mendapat tempat ketiga yang memberangsangkan di bawah kendalian Solskjaer.
Dan pretasi pasukan United terus meningkat pada 2020/21. Pogba mendapat sentuhannya kembali.
Paul juga memainkan peranan penting di Eropah. Masuk pada separuh masa dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa menentang AC Milan, dia menghasilkan gol solo yang mengagumkan di San Siro.
Dia menjaringkan gol sekali lagi pada separuh akhir menentang Roma, tetapi tidak dapat menghalang The Reds dadipada kekalahan 11-10 dalam penentuan penalti yang menyakitkan menentang Villarreal dalam perlawanan akhir Gdansk.
Musim terakhir Pogba di kelab itu bermula dengan cara yang sangat mengujajkan, dengan empat bantuan gol yang menakjubkan pada hari pembukaan United membelasah Leeds United.
Namun malangnya, lebih banyak masalah kecederaan yang melanda dan akhirnya menjejaskan impian Pogba dan Man United untuk memenangi EPL sekali lagi pada musim kepulangan semula Cristiano Ronaldo.
Pemain Perancis itu membuat hanya 27 penampilan di bawah Solskjaer dan di pengganti pengurus Norway itu, pengurus sementara Ralf Rangnick.
Dengan aksi yang terakhir daripada 233 perlawanan untuk United berakhir pada minit ke-10 ketika kekalahan di Anfield pada April 2022, dengan Pogba terpaksa meninggalkan padang kerana satu lagi kecederaan perlawanan.
Ianya kepulangan semula yang patut boleh dibanggakan oleh Pogba walaupun gagal mencapai impiannya mahu membantu United kembali memenangi EPL atau UCL.