Ralf Rangnick mendedahkan dia mempunyai enam sasaran perpindahan Man United termasuk bintang Liverpool dan Man City.
Bekas pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick telah mendedahkan enam sasaran perpindahan yang dibincangkannya dengan kelab itu pada jendela perpindahan Januari 2022.
Tetapi walaupun dua nama menjadi pilihan ‘realistik‘, The Red Devils memutuskan untuk tidak menyokong Rangnick untuk ‘membina pasukan di bawah jurulatih baharu’ semasa perkhidmatannya yang menyedihkan.
Berikut adalah 6 sasaran Rangnick ketika di Manchester United.
6 Sasaran Ragnick di Manchester United
1. Josko Gvardiol
Josko Gvardiol telah muncul sebagai salah seorang bek tengah muda paling menarik di Eropah, dan Rangnick mendahului dalam usaha untuk mendapatkannya dari bekas kelabnya RB Leipzig.
Gvardiol playing it cool in the celebrations 🥶#UCL pic.twitter.com/nDZHFIKCtg
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 25, 2022
Dia berada dalam sasaran Rangnick.
Chelsea membuat tawaran £77 juta yangg ditolak pada musim panas.
Erik ten Hag juga tak berminat mendapatkan Gvardiol, sebaliknya memilih untuk membayar £57 juta untuk Lisandro Martinez.
Gvardiol akan menjadi bintang sasaran banyak kelab eropah lagi selepas ini. Namun United kelihata gembira dengan pembelian Martinez yang dianggap memberikan impak.
2. Luis Diaz
Selepas penggantungan Mason Greenwood, ‘depth’ untuk barisan seranga United menjadi terhad di.
Ralf Rangnick secara terbuka menyatakan bahawa dia perlukan sokongan dana untuk perpindahan pada Januari. Seorang pemain yang dimahukannya ialah pemain sayap kiri FC Porto, Luis Diaz.
Di mana ketika itu Porto sedia menjual pemain itu selepas tersingkir dari UCL.
Liverpool dipuji kerana berjaya membeli pemain itu dengan nilai £50 juta pada jendela perpindahan yang sama.
Diaz dengan mengagumkan telah berjayua menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris dengan segera dan membantu The Reds mencabar untuk 4 kejuaraan musim lalu. Berakhir dengan 2 trofi.
3. Christopher Nkunku
Prestasi luar biasa Christopher Nkunku 2021/22 membuatkan Rangnick mahu membawa Nkunku selepas kelab terlepas Luis Diaz.
Namun sekali lagi Man United tidak berminat dengan cadangan Rangnick kerana percaya mereka sudah memiliki barisan serangan yang cukup bagus.
Christopher Nkunku's game by numbers vs Real Madrid:
90% passing accuracy
7 touches in opposition box
4 dribbles
3 duels won
3 chances created
3 shots
2 possession won in final third
2 clearances
1 goal
0.15 xGAlways shining. 🌟 pic.twitter.com/BHlmGKtdQu
— Squawka (@Squawka) October 25, 2022
Penyerang Perancis yang dinamik itu kini dijangka menyertai Chelsea pada musim panas akan datang, yang dilaporkan bersedia untuk mengeluarkan lebih daripada klausa pelepasan £52 juta untuk mengalahkan persaingan mendapatkan tandatangannya.
4. Dusan Vlahovic
Rangnick juga mengakui bahawa dia berminat dengan Dusan Vlahovic selepas dia muncul dia cemerlang di Fiorentina. Dia menyertai Juventus pada jendela perpindahan yang sama tetapi telah mengharungi permulaan hidup yang sukar di Turin.
Mungkin Man United boleh memujuk Vlahovic menyertai mereka pada jendela perpindahan akan datang?
Sebenarnya, Vlahovic sudah ada kesepakatan verbal dengan Juve. Membuatkan dia terpaksa menolak tawaran dari Arsenal. Vlahovic sudah memutuskan kelab seterusnya hanyalah Juventus.
Namun Ragnick ketika itu yakin bahawa status Man United sebagai salah sebuah kelab besar boleh menggoyahkan pendirian Vlahovic.
5. Alvaro Morata
Morata pernah menjadi sasaran Jose Mourinho satu ketika dahulu ketika di Man United. Dia sekali lagi menjadi pemain dalam radar Rangnick.
Rangnick menjadikan Morata sebagai alternatif terakhir. Dan perpindahan ini tidak pernah dibincangkan secara serius di Old Trafford.
6. Erling Haaland
Akhir sekali, Rangnick mendakwa dia telah menggesa United untuk menandatangani Erling Haaland dari Borussia Dortmund ketika dia bergelar interim,
Ole Gunnar Solskjaer turut pernah membuat gesaan yang sama ketika pemain itu masih di Molde. Ketika itu Ole menjadi pengurus Molde.
Namun delegasi perpindahan Man United dikatakan sangat lembab bertindak.
Ketika Ole menjadi pengurus United dia sekali lagi mencadangkan Man United membeli Erling Haaland. Namun United tidak mahu kerana pemain itu berada di bawah ejen Mino Raiola yang banyak memberikan masalah kepada mereka.
Raiola meminta United untuk menyelitkan klausa perpindahan sekitar GBP75 juta sahaja. Ole dikatakan sudah sampai ke fasa berbincang sendiri dengan ayah Haaland mengenai perpindahan itu.
Ketika Rangnick menjadi interim, dia sekali lagi meminta United mendapatkan Haaland. Namun akhirnya City bertindak lebih pantas dan membayar klausa pelepasan pemain itu yang sekitar GBP65 juta.
https://twitter.com/cfbayern/status/1585339877595705344