Ralf Rangnick menyatakan bahawa Liverpool yang bagus pada hari ini bukannya satu kebetulan. Namun ianya dibina dengan perancangan rapi dan sistematik.
Rangnick berkata: “Mereka [Liverpool] bagus sekali, mereka sangat sangat bagus. Ianya bukan satu kebetulan kenapa mereka jadi sebagus mereka yang ada pada hari ini.”
Rangnick tidak terkejut kerana Jurgen Klopp memamg pakar dalam membangunkan para pemain yang tidak dikenali kepada pemain berkelas dunia. Rangnick mengambil contoh dirinya sendiri yang melakukan perkara yang sama sebelum ini.
Selain itu Rangnick juga mengingatkan bahawa ada beberapa pemain yang ditandangani Klopp merupakan bekas pemain yang Rangnick pernah tandatangani di beberapa kelab lamanya sebelum ini.
Ini termasuk Naby Keita, Ibrahima Konate, Sadio Mane dan Takumi Minamino yang pernah ditandatanganinya ketika dalam pengrusaun Leipzig dan Salzburg. Kemudian Roberto Firmino merupakan pemain yang Rangnick pantau dan tandatangani di Hoffenheim.
Bukan itu sahaja, Rangnick juga menjadi pengurus yang mengendalikan Joel Matip ketika di Schalke 04.
Ragnick sendiri pernah menyatakan bahawa Klopp sangat gemarkan pemain pemain yang dilatih oleh Rangnick kerana mereka menepati falsafah gegenpressing sesuai kehendak Jurgen Klopp.
Seterusnya Rangnick mahu semua pihak sedar bahawa Klopp mengambil masa yang lama untuk membentuk pasukan luar biasa yang dia ada sekarang.
Rangnick menambah: “Jurgen membina pasukannya dalam 6 atau 7 tahun.”
Man Utd's Ralf Rangnick explains the key role he played in Jurgen Klopp's Liverpool success | @DiscoMirror https://t.co/1Fh4bNyjdo
— Mirror Football (@MirrorFootball) April 17, 2022
“Terdapat enam atau tujuh daripada pemain yang mereka ada pernah menjadi pemain saya ketika kami menandatangani mereka pada masa itu tiada orang pun kenal akan mereka.”
Klopp bermain dengan pendekatan tempo tinggi seperti mana yang Rangnick mainkan ketika di Leipzig dan Salzburg. Oleh itu, amat penting untuk Klopp mendapatkan pemain yang semulajadi sesuai dengan sistemnya.
“Kami menandatangani pemain pemain tersebut ketika orang tak kenal mereka. Dan sekali lagi, semuanya bukan kebetulan. Liverpool mungkin menjadi kelab dengan pemain paling ramai daripada bekas kelab kami [Rangnick dan kejurulatihan].”
Rangnick membimbing Manchester United menewaskan Norwich City 3-2 pada Sabtu lalu. Dan kini fokus sepenuhnya pada aksi di Anfield.