Ralf Rangnick telah memberitahu pemain Manchester Unitednya bahawa mereka mesti lebih kejam di hadapan gawang dan membunuh lawan mereka.
United melakukan 30 percubaan ke arah gol menentang Middlesbrough dalam Piala FA tetapi hanya mampu seri 1-1 di Old Trafford dan akhirnya tewas menerusi sepakan penalti kepada pasukan Championship.
Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama, manakala Bruno Fernandes, Marcus Rashford dan Anthony Elanga semuanya gagal menyempurnakan peluang keemasan untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan dengan selesa.
United, yang kini di tangga keempat dalam Liga Perdana Inggeris. Mereka berkunjung ke Burnley malam ini, dengan bos interim United – Rangnick – memberi amaran kepada mereka bahawa mereka tidak boleh membazir peluang seperti itu lagi di Turf Moor.
“Sekiranya sesiapa tanya saya, adakah kami mahu mencipta peluang sebanyak itu selepas seminggu penuh latihan, saya akan berkata ‘ya, saya sangat gembira dengan itu’,” kata Rangnick.
“Tetapi, pada akhirnya, dalam bola sepak ia juga tentang mendapatkan keputusan [kemenangan], menjadi klinikal, membunuh permainan dan menjadi kejam demi kepentingan kita sendiri. Ini yang kami gagal lakukan.”
“Ia juga soal kualiti, tetapi kita tidak boleh mengubah semua perkara pada masa yang serentak.”
“Fokus penuh saya adalah untuk membangunkan persembahan kami dan menjadi lebih baik dalam pelbagai aspek permainan.”
“Saya benar-benar yakin kami telah melakukannya setakat ini dan kami akan cuba melakukannya dengan segala usaha dan tenaga kami pada masa hadapan.
“Jika anda mempunyai perlawanan di tempat sendiri menentang pasukan Liga Kejuaraan seperti Middlesbrough dan anda mempunyai 30 berbanding [Middlesbrough] 6 percubaan ke arah gawang dan 22 percubaan dalam kotak berbanding 3 [oleh pasukan lawan], anda harus memenangi perlawanan ini – anda perlu memenangi perlawanan ini.”
“Tetapi kami tidak cukup klinikal di hadapan gol untuk menang, walaupun dengan deretan peluang yang kami ada selepas melepaskan gol penyamaan.”
“Kami mempunyai tiga atau empat lagi peluang yang jelas untuk menjaringkan gol dengan Bruno, dengan Anthony [Elanga], juga Marcus mempunyai dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua.”
“Ini adalah sesuatu yang kita perlu menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan pasukan. Sekali lagi, kami tidak memberikan peluang sebanyak itu.”
United hanya berjaya menjaringkan 36 gol dalam liga musim ini, kurang 19 daripada pendahulu Manchester City dan kurang 22 daripada Liverpool di tangga kedua.
Walaupun begitu, Rangnick yakin United sedang bergerak maju ke hadapan dan telah menggesa pemainnya untuk teruss membina pembangunan dalam aspek permainan yang telah mereka capai, selepas kemenangan liga berturut-turut ke atas Brentford dan West Ham.
“Secara keseluruhannya, saya rasa pasukan telah berkembang dan mengambil langkah seterusnya, dan ini boleh dilihat menentang Middlesbrough,” kata Rangnick.
“Tetapi kami tidak dapat meneruskan ke pusingan seterusnya dan kami perlu menerimanya dan melihat ke hadapan. Kami perlu membina apa yang kami capai dalam beberapa minggu lalu.”
“Saya benar-benar yakin kami bermain pada tahap yang lebih tinggi daripada kami pernah bermain beberapa minggu lalu.”
Rangnick mengakui United mempunyai tugas besar di tangan mereka untuk cuba merapatkan jurang dengan City, Liverpool dan Chelsea, dan menjadi pencabar kejuaraan sekali lagi.
Ragnick menegaskan bahawa, mesti ada sebab yang munasabah di sebalik perkara tersebut. Dan buat masa ini Rangnick menyatakan bahawa mereka akan berbesar hati untuk menamatkan saingan di 4 teratas.
“Sekiranya Manchester United tidak memenangi kejuaraan liga dalam tempoh 10 tahun yang terakhir ini, mesti ada beberapa alasan yang kukuh untuk itu,” kata Rangnick.
“Kini kami berada di tempat keempat dalam liga dan semua orang di dalam kelab, termasuk saya sendiri, akan gembira jika kami menduduki tempat keempat pada penghujung musim.”
“Kami masih dalam persaingan Liga Juara-Juara Eropah dan tumpuan penuh saya, dengan kakitangan kejurulatihan saya, adalah untuk mendapatkan yang terbaik daripada musim ini bersama pasukan yang kami ada.”
Ralf Rangnick: “If Man United have not won the title in the last 10 years, there must be some good reasons for that”. 🔴 #MUFC
“Everybody on the inside of the club would be happy if we finish fourth at the end of the season – and me too”. @utdreport pic.twitter.com/eLimJjPwen
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 7, 2022
“Ini tugas kita dan kenapa saya di sini. Misi saya adalah mendapatkan yang terbaik daripada skuad dan semua yang lain perlu ditangani pada penghujung musim.”