Ketika ini ada sekelompok pemain Manchester United yang tidak selesa dengan kaedah latihan dan taktikal Ralf Rangnick.
Para pemain malah tidak suka dengan latihan Rangnick yang terlalu keras sehingga pernah dipaksa berlatih sehingga ke malam.
Lalu ada desas desus menyatakan bahawa ada beberapa pemain sebelum ini berharap bahawa kelab mendapatkan Antonio Conte. Namun pengurus itu pergi ke Spurs.
Ini kerana United lambat dalam membuat keputusan, mereka mahu memberika sedikit masa lagi untuk Ole Gunnar Solskjaer ketika itu.
Keadaan di United agak rumit. Terdapat 11 pemain United berminat ataupun mempertimbangkan untuk keluar dari kelab. Buat masa ini, Ralf Rangnick hanya membenarkan Anthony Martial sahaja untuk dilepaskan.
Dan pemain pemain lain sudah diberitahu bahawa kelab tidak berminat untuk mendengar sebarang tawaran kelab lain untuk mereka. Ini termasuk Edinson Cavani.
Hal ini kerana Rangnick tidak akan membeli pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini. Beliau mahu mengekalkan saiz skuad yang ada dalam berdepan musim yang sukar dijangka kerana adanya pandemik Covid-19.
Oleh kerana keadaan di United yang agak berpecah belah, Ralf Rangnick telah meminta bantuan Mike Phelan untuk menjadi talian perpaduan bilik persalinan mereka. Satu pertemuan 2 jam dibuat antara Rangnick dan Phelan.
Colleague @mcgrathmike here on how Mike Phelan has been asked to help unify #mufc dressing room & stop season unravelling any further https://t.co/Um4aIujC2O
— James Ducker (@TelegraphDucker) January 5, 2022
Seterusnya, Lembaga Pengarah Man United ada alasan tersendiri kenapa mereka tidak mahu melantik Antonio Conte.
Ini kerana mereka tidak yakin corak pengurusan Antonio Conte sesuai dengan pemain pemain United yang ada sekarang.
Ini kerana Conte ada kaedah kejurulatihan yang sangat tegas dan berdisiplin tinggi. Kelab malah memberikan jaminan bahawa Ralf Rangnick tidak akan menjadi pengurus tetap pada musim hadapan. Di mana Rangnick malah tidak berada dalam senarai 3 calon utama.
📝 — Discussions over Solskjaer's long-term successor are ongoing with Mauricio Pochettino and Erik Ten Hag under consideration as well as Leicester's Brendan Rodgers. Ralf Rangnick himself is not a prominent candidate #mufc #mujournal
— United Journal (@theutdjournal) January 6, 2022
Conte memenangi Liga Perdana Inggeris 2016/17 bersama Chelsea. Sportsmail dimaklumkan bahawa, Manchester United cuba sedaya upaya mencari pengurus yang sesuai dengan budaya pemain di United.
Di mana pemain pemain mereka ada rutin mereka tersendiri. Rangnick malah telah mengawal pemakanan para pemainnya dengan lebih ketat.
Sumber tersebut memberitahu Sportmail: “Jika Conte meminta pemain pemain United melakukan enam perkara, maka dia mahukan keenam enam perkara itu segera.”
“Conte kalau boleh mahu memprogram pemain pemainnya dan seorang yang sangat teliti setiap minit. Kita tak pasti kalau cara itu sesuai untuk kita di Man United.”
#mufc decided against an approach for Antonio Conte after deciding his style of precise and exact micro-coaching would not be suited to the players #mulive [@Ian_Ladyman_DM]
— utdreport (@utdreport) January 6, 2022
Dalam erti kata lain, Conte lagi cerewet daripada Rangnick dalam soal disiplin pemain. Conte malah pernah menyenaraikan restaurant di sekitar London untuk dilawati pemainnya. Jika mereka mahu makan di luar, di situlah sahaja tempatnya. Kerana Conte mahukan laporan menu daripada chef yang bertugas.