Jorginho menjadi pemain yang diingini Juventus sejak pra musim 2019/20 lagi. Ianya kerana Maurizio Sarri yang mahukan pemain itu.
Namun dengan penggantungan dihadapi Chelsea ketika, membuatkan The Blues memujuk Jorginho untuk terus kekal.
Tetapi ia tak memadamkan harapan Sarri yang tetap mahu bergabung dengan pemain tersebut di Juventus.
Jorginho adalah pemain yang menjadi teras penting sistem Sarriball. Walaubagaimanapun, kini Sarri sudah dipecat oleh Juventus dan digantikan dengan Andrea Pirlo.
Ianya telah membuatkan perancangan perpindahan pemain di Juventus berubah.
Pirlo dikatakan lebih berminat dengan Sandro Tonali yang dianggap sebagai Pirlo baharu dalam bola sepak Itali.
Ini sekaligus membatalkan hasrat Juventus yang sebelum ini mahu mendapatkan Jorginho.
Dengan ini Juventus kini bakal bersaing dengan Inter Milan dalam usaha mereka mendapatkan bintang prospek Brescia iaitu Sandro Tonali.
Gaya permainan Tonali dikatakan mirip dengan Pirlo. Memiliki visi permainan dan kualiti hantaran yang luar biasa.
Juventus 'join race to sign £36m-rated Brescia midfielder Sandro Tonali' https://t.co/VPtFRr1NWb
— Mail Sport (@MailSport) August 9, 2020
Kontrak semasa Tonali akan berakhir pada 2022. Pengarah Sukan Juventus iaitu, Fabio Paratici sudah bersedia untuk berunding dengan Brescia bagi mendapatkan pemain tersebut.
Inter masih dilaporkan menjadi pendahulu dalam persaingan mendapatkan Tonali. Malah laporan Tuttosport menyatakan Inter dan Tonali sudah mencapai kesepakatan dari segi terma peribadi.
Jika gagal mendapatkan Tonali, Pirlo dikatakan mahukan pemain Sassuolo Manuel Locatelli ataupun pemain Roma, Nicolò Zaniolo.
Pirlo's arrival changes the Juve transfer market: no more Jorginho, the focus is on Sandro Tonali, the alternative is Manuel Locatelli. [TS] pic.twitter.com/heQCWW9CAZ
— JuveFC (@juvefcdotcom) August 9, 2020
Namun Zaniolo nampak lebih sukar kerana Roma baru sahaja menukar pemilik kelab yang pastinya mahu pemain seperti Zaniolo terus kekal.
Baca juga perkembangan lain