Hubungan antara Juventus dan Paulo Dybala semakin retak. Ini selepas Juventus dilaporkan menarik balik tawaran kontrak kepada Dybala dan sedia kehilangan pemain itu secara percuma.
Kontrak semasa Dybala bersama Juventus akan tamat pada 30 Jun 2021. Dan beliau kini dibenarkan untuk menandatangani pra kontrak dengan mana mana kelab yang beliau mahu.
Sebelum ini Juventus dikatakan menjadikan kontrak Dybala sebagai keutamaan mereka. Tawaran sebanyak €8 juta dan mencecah €10 juta semusim telah diberikan kepada pemain tersebut.
Rundingan tentang kontrak tersebut tiba tiba menjadi rumit dan tertangguh dan tiada kesepakatan dicapai.
Ini selepas Juventus dikatakan membuat pusingan U dan menarik balik tawaran gaji tersebut. Juventus kini mahu menawarkan gaji lebih rendah daripada tawaran asal tersebut.
Juventus masih memberikan jaminan bahawa Dybala adalah pemain yang mereka mahukan untuk kekal lebih lama terutama sekali selepas mereka kehilangan Ronaldo. Juventus mahu menjadikan Dybala sebagai bintang utama pasukan.
Dybala agak kecewa dengan apa yang berlaku dan menegaskan bahawa rundingan kontrak terpaksa ditangguhkan sehingga Februari.
“Saya tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa. Saya sedia membantu jurulatih dan kelab. kontrak saya? Kelab berkata kami akan membincangkannya pada Februari.”
Dalam perlawanan menentang Udinese, Dybala menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan kelab. Dia tidak melakukan keraian cap dagangnya iaitu ‘Dybala Mask’ ketika menjaringkan gol.
Dybala malah merenung tajam ke seksyen VIP yang menempatkan pegawai Juventus.
Dybala looking at Juve management after the goal and Nedved can't handle it 😂 pic.twitter.com/DcauizqSmt
— Saturnion 🙂 (@saturnion13) January 15, 2022
Football Italia menganggap ianya isyarat jelas bahawa pemain itu benar benar tidak gembira dengan apa yang berlaku pada kontraknya.
Dilaporkan bahawa Dybala sudah diberitahu bahawa kelab sudah sedia kehilangannya secara percuma jika pemain itu mahu mengadakan pra kontrak dengan kelab lain.
Dybala adalah pemain yang sentiasa menjadi ‘barang panas’ di jendela perpindahan. Dengan PSG, Manchester City dan Spurs mulai dikaitkan dengannya. Paratici yang kini bertugas di Spurs mungkin akan cuba menggunakan pengaruhnya untuk memujuk pemain itu menyertai mereka.
Juventus had a verbal agreement for three months with Paulo Dybala to extend his contract. Bu the club has now decided to to take time and wait "few months/weeks before deciding on new contracts to be extended. ⚪️🇦🇷 #Juve
That's why Dybala's future is open. Nothing decided yet. pic.twitter.com/UqeW9zVlVU
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 15, 2022
Selain daripada kelab kelab di atas, Barcelona, Atletico Madrid dan Inter Milan turut memantau perkembangan Dybala.
Namun Atletico kini berdepan kesukaran kerana mereka membayar gaji Griezmann yang sangat tinggi walaupun sudah dikurangkan daripada gaji sebelum ini.
Spurs pula mungkin masih kekal dengan polisi kedekut pemiliknya yang enggan membayar gaji besar.
Inter juga sedia mendapatkan Dybala namun tidak akan membayar gaji sehingga €10 juta semusim.