Real Madrid turun ke Etihad dalam perlawanan kedua peringkat 16 akhir Liga Juara Juara Eropah selepas tewas 2-1 dalam perlawanan pertama.
Skuad bimbingan Zinedine Zidane turun tanpa kapten, Sergio Ramos yang digantung untuk aksi ini. Real Madrid menggandingkan Eder Militao dan Raphael Varane di bek tengah.
Namun aksi Real Madrid kali ini dihiasi oleh kesilapan individu pertahanan terutama sekali Varane.
Raphael Varane melakukan kesilapan pada minit ke-8, yang membolehkan Raheem Sterling melakukan gol pembukaan.
Di mana Varane kehilangan bola ketika cuba mengiringnya di dalam kotak gol mereka sendiri.
Gabriel Jesus menekan Varane dan merampas bola, kemudian melorongkannya kepada Sterling.
Raheem Sterling became the first English player since 1981 to score 💯 goals in all competitions for Manchester City.
Is he underrated? pic.twitter.com/YHuYBlqWRG
— SuperSport 🏆 (@SuperSportTV) August 7, 2020
Sterling bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini. Beliau kelihatan sangat tajam dalam gerakannya.
Namun harapan Real Madrid untuk bangkit hidup semula selepa Karim Benzema menyamakan kedudukan pada minit ke-28.
Jelas sekali pemain penyerang asal Perancis itu berada dalam prestasi luar biasa ketika ini.
Kredit kepada Rodrygo yang melakukan gelecekan cantik di halfspace dan kemudian menyungkit bola kepada Benzema.
Benzema turut menguji Ederson sebelum itu dengan satu sentuhan percuma licik dan melepaskan rembatan deras.
Real Madrid kemudian memperbaiki tempo permainan mereka dan mereka mulai memberikan beberapa masalah kepada Man City.
Eder Militao turut melakukan satu kesilapan yang hampir dihukum oleh City.
Di bahagian tengah Kevin De Bruyne mendominasinya. Namu City kemudian kelihatan agak kendur permainan mereka.
Tetapi pada minit ke-68, Varane sekali lagi melakukan kesilapan yang mengejutkan. Dan kali ini Jesus menghukum secara terus pemain itu.
Ketinggalan 2-1 di belakang, tidak lama kemudian Varane sekali lagi melakukan kesilapan. Mujur kali ini beliau tak dihukum.
Luka Modric hampir menjaringkan gol dengan satu rembatan deras selepas kawalan bola yang menarik.
Tamat perlawanan, Manchester City mara ke suku akhir dengan agregate 4-2.
Confirmed quarter-final fixture 👀
🤔 Who ya got: Manchester City or Lyon?#UCL pic.twitter.com/Dg5g51jxlm
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 7, 2020
Varane meminta maaf kepada rakan dan para peminat, Dan berkata beliau bertanggungjawab di atas kekalahan tersebut.
Rapha Varane apologizing after the game #HeadsupRapha #HalaMadrid pic.twitter.com/todUGcwTov
— Real Madrid Info ³⁵ (@RMadridInfo) August 7, 2020
Adakah Man City akan menamatkan penantian panjang UCL mereka pada kali ini?
Baca juga perkembangan lain
Real Menyesal Tak Lepaskan Bale, Kini Tanggung £1 Juta Sebulan Untuk Dia Duduk Bangku Simpanan