Masa depan Kylian Mbappé di PSG terus menjadi subjek hangat. Semalam Real Madrid dilaporkan menghantar tawaran €160 juta untuk pemain antarabangsa Perancis itu.
Mbappe sudah dikatakan sangat teringin mahu menyertai Real Madrid pada musim ini.
Namun tawaran itu ditolak. Tetapi PSG masih sedia mendengar tawaran baharu daripada Real Madrid.
PSG menyatakan bahawa mereka tidak boleh menerima bidaaan kurang daripada €180 juta untuk Mbappe. Harga tersebut adalah harga yang dibayar oleh PSG ketika membeli Mbappe dari Monaco pada 2018.
Pada masa yang sama PSG juga meminta kelab pembeli membayarkan bonus Mbappe yang selayaknya diterima AS Monaco. Dilaporkan bonus tersebut bernilai sekitar €35 juta masih belum dibayar PSG.
Ini kerana perjanjian Mbappe dahulu adalah secara pinjaman dan ansuran untuk PSG mengelak FFP jika membeli Neymar dan Mbappe secara tunai pada satu musim yang sama.
Oleh itu, PSG meminta kelab yang berminat dengan Mbappe terus membayar jumlah bonus itu dan mengasingkan harga pasaran Mbappe yang akan diterima mereka.
Pengarah Sukan PSG, Leonardo menjelaskan bahawa harga yang ditawarkan oleh Real Madrid masih di bawah harga pasaran Mbappe.
Leonardo berkata: “Kami merasakan bahawa tawaran itu jauh dari nilai pasaran semasa Kylian dan kerana kami masih berhutang AS Monaco beberapa bayaran bonus yang asal.”
“Kami menganggap tawaran itu tidak mencukupi. Saya tidak dapat mengesahkan jumlahnya, tetapi ya itu sekitar 16 juta [kurang], kira-kira angka itu.”
“Ia lebih rendah daripada yang kami bayar kepada Monaco dan itu merangkumi cara operasi Real Madrid yang tidak kami sukai.”
“Kami telah melakukan segala yang kami mampu untuk memastikan Mbappé terus kekal bersama kami dan kami tidak akan mengubah perancangan kami dalam masa satu minggu.”
“Kylian adalah pusat projek, tetapi dia bukanlah yang paling tinggi. Sekiranya pemain mahu pergi, kami tidak akan menahannya, tetapi perkara itu akan diselesaikan mengikut syarat kami, seperti yang kami lakukan kepada pemain lain “.
La Parisien kemudian melaporkan bahawa PSG meminta €220 juta daripada Real Madrid untuk Mbappe dan Real perlu membayar bonus kepada Monaco.
L’Equipe percaya ada kemungkinan PSG menerima bayaran yang hampir dengan €200 juta, kerana Mbappe akan menjadi ejen bebas jika tidak dijual sekarang.
Namun PSG dikenali dengan sikap Nasser Al Khelaifi yang dianggap seorang perunding yang sukar. Khelaifi mengawal sepenuhnya syarat penjualan bintang di PSG berbanding dengan kelab lain yang memberikan kuasa besar kepada Pengarah Sukan untuk menilai situasi pasaran.
Berbeza dengan PSG kerana Nasser Al Khelaifi ada duit yang sangat banyak dan dia tidak kisah untuk terlepas ratusan juta euro jika Real Madrid tidak dapat menuruti atau memujuk egonya.
Florentino Perez malah menuduh PSG telah melayan mereka dengan kurang ajar sekali ketika menerima bidaan dari Madrid.
Real Madrid president Florentino Perez about Paris Saint-Germain answer for Mbappé bid: “They [PSG] have already answered and rudely…”, he told to @josemorenoco. ⚪️ #RealMadrid #Mbappe
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 25, 2021
Baca juga artikel
Amukan Arsenal Di The Hawthorns, Pengurus West Brom Pertahan Pemilihan Pasukannya
RASMI: Kane Tak Jadi Sertai City Dan Fokus Untuk Memenangi Trofi Di Spurs