Barcelona mengesahkan kemaraan mereka ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah pada musim ini.
Ini selepas mereka menewaskan Napoli 3-1 dalam aksi kedua di Nou Camp untuk menang 4-2 secara agregat.
Clement Lenglet meletakkan Barca 1-0 di hadapan pada seawal minit ke-10 perlawanan.
Lionel Messi kemudian menambah satu lagi gol pada minit ke-23 perlawanan.
Pada masa kecederaan separuh masa pertama, pengadil menghadiahkan 2 penalti. Satu untuk Barca dan satu untuk Napoli.
Luis Suarez dan Lorenzo Insigne masing masing menjaringkan penalti mereka.
Namun skuad bimbingan Gennaro Gattuso terpaksa akur dengan Barcelona. Napoli tersingkir daripada persaingan musim ini.
🔵🔴 New record! Barcelona progress to the UCL quarter-finals for 18th time 👏👏👏#UCL
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 8, 2020
Di dalam perlawanan ini, bintang Barcelona Arthur dilaporkan tiba di Nou Camp mahu memberikan sokongan kepada rakan rakannya.
Arthur menimbulkan kontroversi apabila menyatakan beliau tak mahu bermain untuk Barcelona lagi.
Arthur balik ke Brazil tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu daripada kelab. Beliau kemudian enggan pulang untuk bermain.
Tetapi Arthur tiba dalam aksi ini. Cubaan beliau untuk berada di dalam stadium tak kesampaian apabila beliau dihalau oleh pegawai Barcelona.
Ada yang menyatakan beliau dihalau kerana tidak menjalani ujian covid seperti mana rakan rakan beliau yang lain.
Arthur dilaporkan akur dan pulang ke rumahnya. Sebelum ini Presiden Barcelona, Bartomeu mengancam untuk menyaman pemain tersebut kerana ingkar kontrak.
Último capítulo del show: Arthur ha llegado al Camp Nou para ver el partido y apoyar a sus compañeros, pero responsables del Barça le han dicho que no podía entrar. El jugador se ha marchado a su casa.
— Adrià Albets (@AdriaAlbets) August 8, 2020
Arthur sepatutnnya menamatkan musim ini di Barcelona sebelum berpindah ke Juventus.
Baca juga perkembangan lain