Chelsea bertandang ke Allianz Arena dalam usaha mereka mahu menghidupkan secebis harapan selepas mereka tewas 3-0 dalam aksi pertama di tempat sendiri.
Namun ternyata Bayern Munich terlalu unggul buat The Blues. Mereka lebih baik dalam perlawanan ini sekali lagi.
Bayern di hadapan seawal minit ke-10 lagi menerusi penalti oleh Robert Lewandowski.
Pada minit ke-24, giliran Ivan Perisic pula menambah gol untuk Bayern Munich.
Chelsea merapatkan jurang gol pada awal separuh masa kedua. Dalam keadaan perlawanan ini sudah terlalu jauh daripada jangkauan mereka.
Corentin Tolisso menjaringkan gol yang menjarakkan semula kedua dua pasukan pada minit ke-76.
Dan sebelum wisel penamat, Robert Lewandowski melengkapkan malam gemilangnya dengan gol kedua.
Ini sekaligus membuatkan beliau terlibat secara langsung kepada kesemua gol Bayern dalam aksi kali ini dengan 2 gol dan 2 assist.
Man of the match:
Robert Lewandowski:
2 Goals
2 Assists
4 shots (2 on target)
40 touches
27 passes
3 key passes
1 dribble
1 tackle
1 clearance
10/10 rating[WS] pic.twitter.com/eNswFHIFH9
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) August 8, 2020
Prestasi penyerang veteran itu musim ini dicanang sebagai pencapaian yang selayaknya mendapat Ballon d’Or.
Malang sekali anugerah tersebut dibatalkan untuk tahun ini.
Lewandowski kini sudah menjaringkan 53 gol dalam 44 perlawanan untuk Bayern Munich pada musim ini.
😮 13 goals in 7 UCL games this season….
😱 53 goals in 44 games for Bayern in 2019/20!🔴 Robert Lewandowski = 🔥🔥🔥#UCL pic.twitter.com/FtyxRJrKA8
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 8, 2020
Chelsea terus bergelut dengan isu pertahanan. Menjadikan skuad Frank Lampard musim ini sebagai salah sebuah pasukan dengan bolos yang sangat tinggi.
Jadi, seharusnya Lampard menggariskan isu pertahanan sebagai keutamaan beliau dalam pembelian pemain kali ini.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Depay Tunaikan Manifestonya Untuk Singkir Juventus Dengan Panenka
AS Roma Dapat Pemilik Baharu Dengan Penjualan RM2.93 Billion, Berakhirnya Era Pallotta