UEFA telah secara rasmi akan melaksanakan format baharu dalam Liga Juara-Juara Eropah dan akan berkuat kuasa pada musim 2024/2025.
Berlaku perubahan dalam jumlah penyertaan, format peringkat kumpulan serta pemberian slot.
Dengan perubahan ini, jumlah peserta dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara bermula musim 2024/2025 akan meningkat daripada 32 kepada 36 pasukan.
Sebelum ini, UEFA bercadang untuk memberi slot tambahan kepada kelab yang pernah menjulang kegemilangan Eropah pada masa lalu seperti Manchester United. Walaupun tidak beraksi bagus di liga domestik masih dijamin untuk beraksi di UCL.
Ia dianggap sebagai tidak adil dan terlalu nostalgia. Akhirnya, rancangan itu dibatalkan.
“UEFA jelas menunjukkan hari ini bahawa kami komited sepenuhnya untuk menghormati nilai asas sukan dan mengekalkan prinsip utama persaingan terbuka, dengan kelayakan berdasarkan merit sukan, sepenuhnya selaras dengan nilai Eropah dan berasaskan perpaduan serta model sukan Eropah,” kata presiden UEFA , Alexander Ceferin.
“Kami yakin format yang dipilih akan mencapai keseimbangan yang betul dan akan meningkatkan keseimbangan kompetitif dan menjana pendapatan kukuh yang boleh diagihkan kepada kelab, liga dan bola sepak akar umbi di seluruh benua kita sambil meningkatkan daya tarikan dan populariti pertandingan kelab kami. ”
“Oleh itu, pusingan kelayakan akan kekal berdasarkan prestasi sukan semata-mata dan impian untuk mengambil bahagian akan kekal untuk semua kelab.”
Sistem satu liga kumpulan
36 pasukan akan diletakkan dalam satu kumpulan yang sama. Setiap pasukan akan bermain 10 perlawanan kumpulan dengan 5 aksi di tempat sendiri dan 5 di tempat lawan.
Penentuan lawan adalah berdasarkan ranking liga yang akan diumumkan.
8 pasukan teratas akan menanti di pusingan 16 akhir. Dengan pasukan di tangga ke-9 sehingga 24 akan bermain dalam play off timbal balik 2 perlawanan untuk menentukan 8 lagi slot.
Champions League New Format Starting From 2024-2025 edition. pic.twitter.com/YSIyQtNAYC
— Football Talk (@FootballTalkHQ) May 12, 2022
Kelayakan
4 tempat akan dijamin kepada 5 pasukan dari liga yang berada dalam ranking coefficient tertinggi. Ini bermakna 20 slot akan menjadi milik pasukan yang berada dalam 5 liga utama eropah tanpa perlu melalui pusingan kelayakan akhir untuk pasukan di tangga keempat.
Ianya dilihat sebagai cubaan untuk mengurangkan risiko kelab di tempat keempat dalam liga domestik daripada dikejutkan gagal ke pusingan kumpulan UCL.
🚨 OFFICIAL: UEFA has approved the new format of the Champions League starting from 2024/25. #UCL
(Source: @UEFA) pic.twitter.com/KQj2vnDGNc
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 10, 2022
12 tempat lagi akan menjadi rebutan pasukan dari luar 5 liga terbaik di Eropah berdasarkan sistem kelayakan.
Sementara 4 lagi slot akan dibahagikan kepada 2 slot.
Slot pertama untuk 2 pasukan yang bermain cemerlang dalam UCL sebelum ini tetapi liga mereka tidak berada di ranking coefficient yang bagus.
Dalam kes ini, misalnya Ajax sebelum ini pernah mara sehingga ke separuh akhir UCL 2018/19, namun terpaksa beraksi di pusingan kelayakan pada UCL musim berikutnya. Dalam sistem semasa, Ajax akan terus diberikan merit beraksi di UCL.
Namun baki 2 slot ini paling kontroversi. Ianya diberikan kepada pasukan yang bermain di liga besar dan di ranking coefficient yang bagus tetapi pasukan itu gagal berada dalam slot UCL. Dan memiliki rekod yang bagus dalam 5 musim terakhir di UCL.
Right.. so… thoughts on the new Champions League format? 😬 pic.twitter.com/Fso8A1J0gh
— DW Sports (@dw_sports) April 21, 2021
Contoh paling dekat, Man United pada musim 2018/19, mereka berada di tangga keenam. Namun dalam 5 musim terakhir mereka dikira lebih baik dari Arsenal yang ketika itu menamatkan saingan di atas United.
Ramai tidak gemarkan sistem ini kerana dianggap mahu melindungi pasukan seperti Man United atau pasukan EPL yang memiliki pengaruh publisiti yang tinggi dan dicipta semata mata untuk komersial.
UEFA yang mengumumkan bahawa mereka memansuhkan sistem kelayakan berdasarkan sistem ‘pasukan tradisi’ pada masa yang sama mereka mewujudkan sistem kelayakan untuk pasukan tidak menyerlah di liga utama Eropah.
Ceferin berkata, model baharu ini akan menamatkan riwayat idea Super League secara total.
Kerisauan liga domestik
Sistem terbaru UCL ini pastinya akan memberikan lebih banyak masalah kepada penjadualan liga domestik. Di mana dengan format sedia ada pun sudah pening untuk mereka menyusun jadual yang padat.
Inikan pula jumlah perlawanan yang lebih banyak. Liverpool musim ini menjadi pasukan yang bermain dakam kesemua perlawanan domestik di England dan aksi Eropah. Dengan keseluruhan 63 perlawanan. Jika Liverpool mengulangi pencapaian yang sama pada 2024/25 nanti, mereka akan bermain 71 perlawanan.
🤯 With the new Champions League format, an English club could potentially play 71 MATCHES over a season (with the PL, FA Cup, League Cup and #UCL).
Liverpool will play 63 games this season after qualifying for every possible final. 😫 pic.twitter.com/8l5Cw1Yzua
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) May 11, 2022
UEFA akan berbincang dengan pengendali liga domestik untuk mencari solusi terbaik bagi perkara ini.