Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone menyatakan bahawa beliau bukan bengang dengan pengadil. Tetapi bengang sebab kalah kerana pasukannya bermain dengan baik.
Selepas tamat perlawanan Simeone terus masuk ke terowong dan tidak berjabat tangan dengan Jurgen Klopp.
Simeone menjelaskan bahawa beliau memang tidak suka berjabat tangan selepas perlawanan, kerana situasi pandemik semasa, ianya agak tidak sihat.
Namun jika berselisih selepas tamat perlawanan, dia akan sentiasa terbuka untuk berjabat tangan terutama sekali dengan Klopp.
Namun Klopp kemudian menafikan bahawa Simeone pun bengang. Sebaliknya ianya hanya interpretasi daripada media.
Klopp berkata: “Dia tidak marah sama sekali. Lihat balik gambar gambar dia. Jika kamu nak buat berita tentangnya, silakan.”
“Saya nak berjabat tangan dengannya, dan dia pula tak melayan dan berlari ke arah terowong menuju ke bilik persalinan.”
“Dia seorang yang penuh emosi, begitu juga saya.”
“Kamu nampaknya orang yang tidak baik [cuba mengapi apikan keadaan], kerana cuba menjadikan perkara seperti ini sebagai berita.”
“Kamu tulis saya marah, namun saya tak marah. Dan sekarang baru saya marah sebab soalan kamu.”
Bercakap tentang insiden penalti Liverpool dan juga penalti Atletico yang ditarik balik, Simeone menyatakan dia menerima keputusan pengadil.
“Penalti Liverpool itu adalah tepat. Dan kami percaya dengan VAR, kalau VAR kata penalti kami ditarik balik, maka kami menerimanya.”
“Kad merah Griezmann itu tepat, dan kita semua faham tentang pandangan pengadil, walaupun kita merasaka ianya sekadar kad kuning.”
Simeone mengakui Liverpool bermula dengan sangat baik, namun pasukannya bangkit dan memberikan masalah kepada lawan mereka itu.
Pada masa yang sama, Simeone sangat teruja melihat prestasi cemerlang Griezmann.
Baca juga artikel
UCL: Dortmund Dibelasah Ajax, Haller Ketuai Senarai Kasut Emas
UCL: Liverpool Berjuang Mati Matian Untuk Tewaskan 10 Pemain Atletico
TERKINI: Kelab EPL Halang Newcastle Dapat Tajaan Luar Biasa Dari Syarikat Minyak Saudi