Liverpool berkunjung keWanda Metropolitano berhadapan dengan Atletico. Perlawanan yang dianggap paling besar dalam kumpulan mereka.
Liverpool bermula dengan sangat baik. Di mana mereka mendahului 2 gol awal menerusi Mohamed Salah dan Naby Keita.
Mo Salah meneruskan rentak jaringannya dengan mencatatkan aksi 9 perlawanan berturut turut beliau menjaringkan gol.
Salah melakukan pintasan masuk yang kemas dan merembat bola, kemudiannya terbias pada kaki pertahanan lawan pada minit ke-8.
Mohamed Salah is the first player in Liverpool's history to score in nine consecutive games across all competitions.
The Egyptian King. pic.twitter.com/DBXPKz0wPX
— Squawka (@Squawka) October 19, 2021
Seterusnya, Naby Keita menjaringkan gol kedua Liverpool, selang lima minit kemudian. Di mana pemain Guinea itu melakukan voli cantik.
Namun perlawanan ini menjadi dramatik. Apabila Atletico memberikan respon dengan membalas 2 gol itu sebelum rehat.
Griezmann membuka tirai jaringan selepas beliau menyambung sepakan oleh Koke.
Griezmann hampir menjadikan kedudukan 2-2, namun sayangnya, dalam keadaan 1 lawan 1, Alisson berjaya menyelamatkan bola.
Kemudian, Griezmann aklhirnya berjaya juga menjadikan kedudukan 2-2 selepas menerima hantaran cantik daripada Joao Felix pada minit ke-34.
Pada separuh masa kedua, Atletico terus memberikan masalah kepada Liverpool. Yannick Carasco hampir menewaskan Alisson, dan sekali lagi penjaga gol antarabangsa Brazil itu menyelamatkan gawangnya.
Namun nasib malang menimpa Griezmann, yang cemerlang sepanjang malam. Di mana beliau dilayangkan ka merah selepas menapak muka Firmino.
20’—⚽
34’—⚽
52’—🔴Eventful afternoon for Griezmann 😬 pic.twitter.com/dTFohM4pnf
— B/R Football (@brfootball) October 19, 2021
Bermain dengan 10 pemain, Atletico terus bersemangat dan beberapa kali memberikan ancaman kepada Liverpool.
Walaubagaimanapun, pemain gantian, Diogo Jota dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Hermoso. Mohamed Salah tiada masalah mnjaringkan gol dari titik penalti pada minit ke-78.
Beberapa minit kemudian, Atletico pula dihadiahkan penalti selepas kekasaran oleh Jota.
Namun penalti itu ditarik balik selepas pengadil melihat pada VAR.
Tamat perlawanan, Liverpool membawa pulang 3 mata dengan kemenangan 3-2.
8': Atletico 0-1 Liverpool
13': Atletico 0-2 Liverpool
20': Atletico 1-2 Liverpool
34': Atletico 2-2 Liverpool
34': Atletico 2-2 Liverpool
52': Griezmann sent off
78': Atletico 2-3 Liverpool
84': Penalty overturnedThe Champions League delivers again 🍿 pic.twitter.com/1w7s6Sw2Lm
— ESPN UK (@ESPNUK) October 19, 2021
Baca juga artikel
TERKINI: Kelab EPL Halang Newcastle Dapat Tajaan Luar Biasa Dari Syarikat Minyak Saudi
Vieira Perit Terima Keputusan Seri Selepas Pemain Pamerkan DNA Palace Yang Baru
Tuchel Terkejut Taktikal Brentford, Dan Akui Kemenangan Chelsea Kerana Mendy