Kelab Korea Selatan, Pohang Steelers tekad bangkit pamerkan prestasi terbaik pada perlawanan ketiga AFC Champions League (ACL) menentang wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Menurut jurulatihnya, Kim Gi-dong, kekalahan 0-3 kepada Nagoya Grampus telah memberi pengajaran yang berguna kepada anak buahnya agar tidak memandang mudah kepada pasukan lain dalam kumpulan G.

“Kami telah mengadakan perbincagan selepas tamat perlawanan untuk membuat penilaian dan walaupun kalah, kami masih dapat mengikuti perancangan yang telah ditetapkan.

“Anda perlu tahu, kad merah telah mengubah persembahan pemain tetapi pasukan kini lebih fokus dan bersedia untuk menentang lawan yang seterusnya,” jelasnya.

zsj2yceirnqduetcumpv
Jurulatih Pohang Steelers, Kim Gi-dong

Mengulas mengenai pertemuan menentang JDT, Kim Gi-dong menyifatkan JDT merupakan lawan yang sukar  dan menganggap ia merupakan perlawanan yang paling penting untuk mengutip 3 mata supaya dapat mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.

“Sudah tentu kami telah melihat aksi mereka dalam dua perlawanan sebelum ini, tetapi apa yang paling terbaik ialah fokus pada kekuatan kami sendiri untuk dapatkan 3 mata. Ini perlawanan yang sangat penting.

“Emosi pasukan kini dalam keadaan terbaik dan kami menekankan aspek positif untuk bersedia pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Berdasarkan rekod, JDT sebelum ini pernah menewaskan pasukan dari Korea Selatan, Suwon Bluewing Samsung 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim pada tahun lepas. Tak mustahil mereka akan mengulangi pencapaian tersebut malam ini.

“Pohang merupakan pasukan yang mempunyai fizikal kuat dan saya harap pemain lebih berdisiplin dan kekal fokus di atas padang. Saya tahu kami boleh beraksi lebih baik dalam setiap perlawanan dan kami harap dapat keputusan yang dimahukan,” kata penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Kaya FC Tewaskan Shanghai Port, Kumpulan F Saingan ACL Dihuni 3 Kelab Asean

Pemain Vietnam Jual T-shirt Dengan Grafik ‘Jatuh Dalam Kotak Penalti’ Di Lazada Dengan Harga RM54 Sehelai

Menyanyi Lagu Kebangsaan Brazil Ketika Menyarung Jersi Vietnam, Punca Naturalisasi Tertutup Rapat?