Kelab Filipina, Kaya FC mencipta kejutan apabila menewaskan kelab gergasi Liga Super China (CSL), Shanghai Port dalam aksi play-off saingan AFC Champions League (ACL) sekaligus mara ke peringkat kumpulan kejohanan elit antara kelab di Asia itu.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Leo semalam, Kaya turun sebagai naib juara saingan Liga Bola Sepak Filipina (PFL) musim lalu dimana mereka menentang Shanghai yang menduduki tangga keempat dalam saingan CSL dimana pasukan itu dibarisi oleh sepenuhnya pemain tempatan.
Pemain sayap Kaya, Audie Bantas Menzi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-17 sekaligus menempa sejarah dimana kelab itu layak ke peringkat kumpulan saingan ACL buat kali pertama.
FT | 🇨🇳 Shanghai Port FC 0-1 @KayaFC 🇵ðŸ‡
🙌 They've done it! Kaya move on to the #ACL group stage for the first time ever thanks to Audie Menzi's first half header!#ACL2021 | #SHAvKAY pic.twitter.com/txdmiD1yOh
— #ACL (@TheAFCCL) June 23, 2021
Kemenangan ke atas Shanghai melayakkan skuad bimbingan Oliver Colina itu ke saingan peringkat kumpulan F yang turut dihuni oleh dua lagi kelab dari Asia Tenggara iaitu BG Pathum United (Thailand) dan Viettel (Vietnam).
Cabaran terbesar yang bakal dihadapi oleh tiga kelab dari Asia Tenggara ini dalam kumpulan F ialah juara bertahan iaitu Ulsan Hyundai yang menewaskan kelab Iran, Persepolis bagi muncul juara musim lalu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Menyanyi Lagu Kebangsaan Brazil Ketika Menyarung Jersi Vietnam, Punca Naturalisasi Tertutup Rapat?
Natxo Insa Tampil Cemerlang, Tiba Masa Kembali Beraksi Bersama Harimau Malaya?