Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mahu pasukannya bangkit sekaligus mencatat kemenangan ke atas Pohang Steelers dalam aksi kumpulan G saingan AFC Champions League (ACL) petang ini.
Pada aksi pertama 28 Jun lalu, JDT tewas dengan keputusan 4-1 dimana pengadil dari Australia, Shaun Evans menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada Pohang.
Untuk aksi petang ini, Mora mahu skuad bimbingannya untuk menampilkan aksi terbaik sekaligus membalas dendam ke atas kekalahan besar yang dialami minggu lalu.
“Kami mahu meraih mata. Kami datang ke sini untuk memenangi perlawanan dan akan memberikan yang terbaik. Kami akan memberikan semua yang kami ada.
“Kami akan menjadikan perlawanan ini sebagai medan untuk membalas dendam,” kata Mora dalam sidang media sebelum perlawanan.
Dalam saingan ACL edisi kali ini, JDT hanya mampu mengutip satu kemenangan iaitu ketika menentang Ratchaburi dan mengalami kekalahan ketika berdepan Nagoya Grampus dan Pohang Steelers.
Wakil tunggal Liga Malaysia itu wajib mengutip kemenangan sekiranya mahu memberi tekanan kepada dua pasukan di tangga teratas selain mencari tempat dalam pusingan seterusnya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Rembatan Padu Leandro Velazquez Tersenarai Antara 5 Jaringan Terbaik ACL 2021