Scott McTominay menerima banyak pujian daripada penyokong Man United serta legenda mereka.
Ini selepas aksi luar biasa pemain itu ketika membantu Man United menang 6-2 di Old Trafford.
Gary Neville bahkan melabel McTominay sebagai jelmaan Roy Keane dan Paul Scholes.
McTominay menjaringkan 2 gol awal perlawanan dan kemudian menyumbang 1 bantuan gol kepada rakannya,
Gol pertama beliau hadir seawal minit ke-2 dan gol kedua hanya selepas seminit daripada jaringan pembukaan tersebut.
Gary Neville berkata: “Scott McTominay bertukar menjadi Paul Scholes dan Roy Keane dalam tiga minit. Sentuhan pertama cemerlang, sementara yang kedua cantik,” tambah Neville.
Roy Keane segera mengulas mengenai perbandingan dengan Scott McTominay. “Mungkin adil lebih seperti Scholesy,” kata Keane.
Scott McTominay terasa bangga namun merendah dirinya selepas mendengar perbandingan itu.
Beliau menyatakan beliau gembira dapat melakukan tugasannya dengan baik dalam perlawanan tersebut.
“Anda hanya perlu turun ke padang dan melakukan tugas-tugas. Anda tidak mahu terbawa oleh suasana. Sangat hebat rasanya untuk menjaringkan dua gol dan pasukan melakukan tugas dengan baik,” kata McTominay.
Gary Neville hails Scott McTominay as a blend of Paul Scholes and Roy Keanehttps://t.co/QU7sa9tI0z
— Indy Football (@IndyFootball) December 21, 2020
“Bagi kami perlawanan seterusnya, bahkan setiap perlawanan, adalah final. Pengurus dengan tegas memberitahu kami perkara itu.”
“Musim lalu kami terlalu jauh dari konsisten, dan menjalani permainan tanpa mentaliti yang tepat. Tetapi, saya rasa tahun ini kami sangat fokus untuk menjalani setiap perlawanan,” sambung McTominay.
Baca juga perkembangan lain
Analisis: Bagaimana Persiapan Dan Perlaksanaan Man United Memusnahkan Leeds United 6-2